Harian Metro

300 POLIS KAWAL PENCALONAN

Tok Mat mahu pengundi tak terpengaru­h gejala perjudian keputusan PRK

- Raja Noraina Raja Rahim rnoraina@hmetro.com.my

Pengundi diseru tidak terbabit dengan pertaruhan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau kerana kegiatan berkenaan dikhuatiri mendorong sesetengah pengundi untuk mengundi calon tertentu.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau mengenal pasti ada bookie yang melakukan kegiatan haram itu dan mempertaru­hkan beliau menang dengan majoriti 3,000 undi.

“Saya mendapat tahu ada orang (bookie) buat pertaruhan meletakkan saya majoriti 3,000 undi.

“Itu berbahaya dan tidak baik kepada saya kerana apa akan berlaku adalah orang yang bertaruh mahu melihat saya dapat kurang daripada jumlah itu untuk menang.

“Ini menyebabka­n pengundi tidak akan mengundi saya. Jadi saya minta mereka

(bookie) tarik balik pertaruhan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Bilik Gerakan Barisan Nasional di Kampung Kancong, di sini, semalam.

Mohamad berkata, situasi itu tambah bahaya jika kaki judi memujuk atau menghasut pengundi di Rantau untuk mengundi calon lain bagi menurunkan peratusan undi terbabit.

“Saya harap semua pengundi terutama pengundi Cina supaya tidak terbabit dalam perjudian untuk mempertaru­hkan keputusan mengundi itu,” katanya.

Ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook yang menyifatka­n PRK DUN Rantau sebagai ibu kepada semua PRK kerana calon Pakatan Harapan (PH) bakal berdepan dengan pemimpin utama pembangkan­g, Mohamad berkata, semuanya

bergantung kepada pengundi.

Beliau bagaimanap­un mengakui berdepan cabaran dan tugas berat kerana akan berdepan calon kerajaan yang sudah pasti akan melakukan apa saja demi memenangi pilihan raya itu.

“Hanya cakap-cakap orang saya senang menang, tetapi bagi saya susah. Saya berharap pengundi tidak terpesona dengan kata-kata itu yang sebenarnya mahu menyekat pengundi pulang mengundi.

“Sebagai ketua pembangkan­g di negeri ini, kehadiran saya di dalam dewan (DUN) penting bagi memastikan kerajaan PH menunaikan janji mereka kepada rakyat,” katanya.

Saya dapat tahu ada bookie

letak saya majoriti 3,000

undi

Mohamad

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia