Harian Metro

JANGAN HINA IBU SAYA - PU ABU

 PU Abu kesal netizen hina arwah ibu

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Terus dikecam akibat pergolakan kisah rumah tangganya, bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar atau PU Abu meluahkan rasa kecewa apabila segelintir netizen mengheret sama ahli keluarga dengan menghina arwah ibunya.

Abu menerusi

Insta Story di Instagram berkata, perbuatan netizen yang meletakkan taraf ibunya dengan pelacur amat dikesali.

“Arwah ibu saya tidak bersalah. Segala yang

berlaku semua atas kesilapan saya sendiri,” katanya.

Kisah rumah tangga Abu menjadi perbualan netizen selepas bekas isterinya, Ain Afini mendedahka­n Abu menceraika­nnya ketika sarat hamil disebabkan ingin berkahwin dengan wanita lain.

Dalam pada itu, Ain turut menunjukka­n rasa simpati atas hinaan yang diberikan kepada keluarga Abu.

“Saya mempunyai keluarga mentua yang sangat baik. Mungkin saya kekurangan dari satu sudut, tetapi Allah beri yang lebih baik dari sudut lain.

“Bapa mentua baik, kakak dan abang ipar baik. Tidak ada keluarga yang mahu keburukan wujud dalam kalangan mereka dan kita hanya mampu merancang,” katanya.

Menurutnya, tidak wajar menyalahka­n pihak lain atas kesalahan yang bukan mereka lakukan.

“Isu ibu bapa ini sensitif. Seperti mana kita sedih orang bercakap mengenai ibu bapa kita, jadi usahlah babitkan mereka dalam kesalahan kita atau orang lain terutama ibu bapa yang sudah tiada. Janganlah dikaitkan lagi, kesalahan individu hanya pada indvidu itu.

“Jangan menyalahka­n individu yang sudah tiada atau tiada kaitan. Perkara buruk tinggalkan, yang baik jadikanlah teladan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia