Harian Metro

‘PENJARAH’ SIJIL HALAL

 80 usahawan DPMM diperdaya perunding babitkan kerugian RM100,000 sejak 4 tahun lalu

- Yusmizal Dolah Aling yusmizal@hemtro.com.my

Lebih 80 usahawan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) diperdaya perunding atau orang tengah untuk mendapatka­n sijil halal dengan jumlah kerugian lebih RM100,000 sejak empat tahun lalu.

Lebih menyedihka­n, sebahagian besar daripada mereka usahawan di luar bandar yang kurang maklumat mengenai prosedur dan mengharapk­an bantuan pihak ketiga memperoleh dokumen berkenaan.

Pengerusi Halal DPMM, Ahmad Hussein Tajuddin berkata, ada antara mereka dikenakan bayaran sehingga

RM20,000, namun tidak menerima sijil halal seperti diharapkan selepas perunding menghilang­kan diri.

“Kita terima banyak kes seperti ini. Kebanyakan­nya tidak tahu Jakim tidak melantik perunding untuk tujuan ini. Mereka dipelawa untuk mendapatka­n sijil itu kononnya sebagai jalan mudah.

“Tapi sebenarnya itu tidak berlaku. Prosedurny­a mudah dan tidak perlu ke kaunter pun. Mereka yang mendakwa itu dan ini kononnya prosedur susah sebenarnya hanya ingin mengaut untung atas angin.

“Sepanjang berurusan dengan Sekretaria­t Halal Malaysia, tidak ada isu berbangkit mengenai perkara itu,” katanya.

Bagi mengatasi isu berkenaan, Ahmad Hussein berkata, pihaknya menganjurk­an Mudah Cara Halal kepada usahawan DPMM bagi memudahkan mereka memohon sijil halal selepas ini.

Katanya, sesi taklimat diberikan bagi memastikan semua prosedur dipatuhi selain praaudit dan bengkel untuk mengisi secara online seperti mana ditetapkan.

“Kami ada 5,000 ahli di seluruh negara dan setiap tahun kita adakan program ini beberapa kali untuk memberi kefahaman kepada ahli. Alhamdulil­lah, kesedaran itu sudah mula ada, jadi kita harap dapat diperluask­an lagi kepada semua pihak.

“Cuma yang mereka perlu tahu, prosedur ditetapkan Jakim sangat mudah tanpa sebarang kos dan pembabitan orang tengah. Jadi berhati-hati dengan sebarang tawaran daripada mana-mana pihak kononnya ingin membantu, tetapi mengenakan caj,” katanya.

Sementara itu, pemerhatia­n wartawan mendapati lebih 10 laman Facebook menawarkan khidmat rundingan untuk mendapatka­n sijil berkenaan.

Memberikan pelbagai testimoni kejayaan, mereka turut menyediaka­n pakej kursus dan sesi penerangan secara berkelompo­k kepada usahawan yang ingin memohon.

Bagaimanap­un, tiada harga yang diletakkan kerana mereka perlu menetapkan temu janji terlebih dulu sebelum perbincang­an lanjut dijalankan.

 ??  ??
 ??  ?? DPMM menganjurk­an pelbagai kursus termasuk program Mudah Cara Halal bagi memberi pendedahan kepada ahli.
DPMM menganjurk­an pelbagai kursus termasuk program Mudah Cara Halal bagi memberi pendedahan kepada ahli.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia