Harian Metro

PASUKAN BOLA SEPAK KUDUNG

- Noor Hidayah Tanzizi am@hmetro.com.my

Seri Iskandar: Merembat dan menyepak bola dengan hanya menggunaka­n sebelah kaki dan mengimbang­i badan melalui bantuan tongkat antara cabaran yang dilalui pemain bola sepak orang kurang upaya (OKU) kudung kaki.

Namun, keupayaan golongan itu bukan calang-calang biarpun secara fizikal mereka tidak sempurna seperti pemain normal lain dan turut mampu menubuhkan pasukan bola sepak sendiri.

Pemain bola sepak kudung Perak, Azizan Rahmat, 31, berkata, kekurangan diri selepas terbabit kemalangan 10 tahun lalu bukan penghalang untuknya meneruskan minat dalam bola sepak, biarpun pada mulanya semangat hilang selepas kudung kaki kanan.

“Saya aktif bermain bola sejak di sekolah lagi dan selepas berjaya bangkit semula daripada kesedihan, saya mula terbabit dengan sukan OKU pada 2011 dengan menyertai bola tampar duduk dan tenis sebelum menyertai bola sepak kudung pada 2016.

“Bermain bola dengan tongkat memang sukar terutama mengejar dan merembat bola, namun kami diajar dengan cara dan taktik permainan, malah ketika di padang saya rasa seperti insan normal lain,” katanya.

Azizan ditemui pada

Program Pembanguna­n Bola Sepak Kudung Perak dan Perlawanan Amal bersama kakitangan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Iskandar Perdana di sini, semalam yang berkesudah­an PAFA menang 4-1.

Pasukan bola sepak kudung Perak di bawah jurulatih, Muhammad Irwani Mohamad Amir Sirifuddin baru dibentuk, namun belum didaftarka­n secara rasmi dan mereka di bawah kelab Pan-Disability Football yang diasaskan Sunny Shalesh.

Mohammad Nur Alif Mohamad Tarmezam, 22, yang kehilangan kaki kiri dalam kemalangan motosikal pada 2014 pula berkata, dia berpegang pada prinsip tidak mudah berputus asa yang membolehka­nnya bangkit semula.

“Bola sepak kudung memerlukan stamina dengan menjalani latihan, namun sedikit perbezaan seperti saiz padang yang lebih kecil dan bola tidak boleh terkena tongkat dan paling penting adalah imbangan badan,” katanya yang juga mewakili negara dalam sukan itu di Indonesia, baru-baru ini.

Sementara itu, pengasas kelab dan ketua jurulatih, Sunny berkata, bola sepak kudung antara kategori yang ada selain buta, rabun, pekak, cerebral palsy (CP), kerdil dan frame football atau kanak-kanak CP berusia bawah lapan tahun yang menggunaka­n bantuan alat bergerak.

Dalam pada itu, Setiausaha Kehormat PAFA, Tajul Hasnan Omar berkata, dia teruja dan baru kali pertama mengetahui kewujudan bola sepak kudung yang dianggap satu pendekatan baik kepada golongan OKU untuk menonjolka­n bakat mereka.

 ??  ??
 ??  ?? AZIZAN mula terbabit dengan sukan OKU pada 2011.
AZIZAN mula terbabit dengan sukan OKU pada 2011.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia