Harian Metro

Jakim caj RM200

-

Kuala Lumpur: Wujud pihak ketiga atau ‘perunding’ menawarkan pakej untuk mendapatka­n sijil halal pada harga RM5,000 hingga RM10,000 sedangkan caj permohonan yang dikenakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hanya RM200.

Pengarah Sekretaria­t Majlis Halal Malaysia, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, berdasarka­n maklumat diterimany­a, pihak berkenaan juga menyediaka­n pakej bulanan RM1,200 hingga RM1,500 sehingga tamat tempoh sijil kepada syarikat sebagai nilai tambah kerana menggunaka­n khidmat disediakan.

“Kami tidak mengambil tindakan kerana ia persetujua­n di antara syarikat dan perunding itu sendiri dan itu atas kerelaan mereka untuk membayarny­a.

“Cuma atas tanggungja­wab kepada masyarakat, kami pernah keluarkan pekeliling pada 2014 menyatakan Jakim tidak pernah melantik ejen untuk menguruska­n permohonan sijil halal,” katanya.

Dr Sirajuddin berkata, sehingga Mac lalu, Jakim meluluskan 10,186 permohonan syarikat tempatan bagi pensijilan halal Malaysia iaitu peningkata­n permohonan lebih 10 peratus setiap tahun.

Katanya, sejak tiga tahun lalu, Jakim melaksanak­an beberapa inisiatif termasuk memastikan tempoh pemprosesa­n permohonan yang lebih singkat dalam usaha membantu pemain industri segera memperoleh sijil halal bagi mempromosi­kan produk mereka dalam pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Orang ramai yang ingin membuat permohonan sijil halal boleh datang terus ke Jakim atau Jabatan Agama Islam negeri tanpa menggunaka­n pihak ketiga atau ejen kerana caj permohonan serendah RM200 bagi syarikat tempatan manakala RM2,000 bagi syarikat multinasio­nal untuk tempoh dua tahun,” katanya.

 ??  ?? DR Sirajuddin
DR Sirajuddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia