Harian Metro

Halau ular rumah hangus

-

 Kediaman terbakar gara-gara anak usir haiwan liar guna api

Tindakan seorang lelaki menyalakan api pada kertas surat khabar untuk menghalau ular yang ‘menceroboh’ biliknya menyebabka­n kediaman itu terbakar dalam kejadian di Kampung Chemumar Tengah di sini, kelmarin.

Mohd Suhaimi Ahmad, 49, berkata, ketika kejadian jam 10 malam dia bersama isteri keluar ke sebuah pasar raya berdekatan manakala anak lelakinya berusia 30-an berada di rumah.

Katanya, anak lelakinya yang berada dalam bilik tidur melihat kelibat ular ‘tersesat’ menjalar di bawah katil.

“Dia menyalakan api pada beberapa helaian surat khabar dan cuba menghalau

ular berkenaan yang dipercayai berada di bawah katil.

“Ketika menghalau, api pada surat khabar yang dipegangny­a terkena tilam dan membakar katil sebelum marak ke seluruh kawasan dalam rumah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Mohd Suhaimi berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dimaklumka­n penduduk lalu bergegas pulang dari pasar raya berkenaan.

“Ketika tiba di rumah, segala-galanya musnah, malah pakaian pun hanya tinggal apa yang ada.

“Selain rumah, turut musnah sebuah kereta Honda Civic, dua motosikal dan semua barangan dalam rumah.

“Kami kini tinggal di rumah yang belum siap dibina sepenuhnya milik saya buat sementara waktu,” katanya yang bekerja sebagai buruh.

Katanya, kerugian dianggarka­n RM100,000 kerana keseluruha­n rumahnya musnah selain membabitka­n sebuah kereta dan dua motosikal.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kangar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 10.20 malam.

“Jumlah anggota terbabit dalam operasi kebakaran itu 12 orang dengan empat jentera.

“Kebakaran dikawal selepas dua jam, manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

 ?? FOTO: ZULIATY ZULKIFLI ?? MOHD Suhaimi menunjukka­n keadaan rumah dan kereta yang musnah terbakar, ke l m a r i n .
FOTO: ZULIATY ZULKIFLI MOHD Suhaimi menunjukka­n keadaan rumah dan kereta yang musnah terbakar, ke l m a r i n .
 ??  ??
 ?? Mohd Suhaimi Ahmad ??
Mohd Suhaimi Ahmad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia