Harian Metro

Juragan, 6 warga Filipina kantoi menyusup masuk

-

Lahad Datu: Cubaan seorang juragan dan enam penumpang warga Filipina menyusup masuk ke daerah ini melalui selatan Sungai Merah di perairan Felda Sahabat di sini, gagal apabila dikesan Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), malam kelmarin.

Warga asing terbabit yang berusia satu hingga 60 tahun ditahan bot peronda APMM jam 9 malam selepas dikesan dalam keadaan mencurigak­an.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, hasil pemeriksaa­n mendapati, ada seorang juragan serta enam penumpang di atas bot tanpa sebarang nombor pendaftara­n.

“Pemeriksaa­n terhadap juragan dan penumpang, semuanya adalah warga Filipina dan tiada dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Abdul Muhaimin berkata, siasatan mendapati bot berkenaan cuba menyusup masuk ke daerah ini dari Pulau Sibutu, Filipina.

“Bot itu difahamkan bertolak dari Pulau Sibutu jam 6 petang dan berada di laut selama tiga jam sebelum ditahan bot peronda maritim.

“Bot dan semua penumpang yang ditahan dan dibawa ke Pos APMM FELDA Sahabat untuk siasatan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63, Akta Anti Pemerdagan­gan Manusia dan Anti Penyeludup­an Migran 2007,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, APMM akan terus menjalanka­n tugas penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Lahad Datu.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubung­i Pusat Operasi APMM Lahad Datu di talian 089-885727 atau talian MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan,” katanya.

 ??  ?? JURAGAN dan enam penumpang bot warga Filipina ditahan APMM ketika cuba menyusup masuk melalui selatan Sungai Merah di perairan F E L DA Sahabat, kelmarin.
JURAGAN dan enam penumpang bot warga Filipina ditahan APMM ketika cuba menyusup masuk melalui selatan Sungai Merah di perairan F E L DA Sahabat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia