Harian Metro

ELAUN RM1 JUTA

- Murni Wan Omar dan Syah Rul Aswari Abdullah am@hmetro.com.my

 Saksi dakwa Najib terima bayaran khas Perdana Menteri ke akaun peribadi Bank Affin

Kuala Lumpur: Geran modal permulaan bagi penubuhan SRC Internatio­nal Sdn Bhd hanya dibenarkan sebanyak RM20 juta berbanding RM3 bilion yang diminta oleh 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Perkara itu dimaklumka­n saksi ke-28, bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi EPU, Jabatan Perdana Menteri, Dr Kamariah Noruddin, 61, (ketika kejadian Timbalan Pengarah) di Mahkamah Tinggi di sini, ketika memberi keterangan di dalam prosiding perbicaraa­n kes membabitka­n dana SRC Internatio­nal yang dihadapi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurutnya, beliau menerima permohonan geran sebanyak RM3 bilion bagi penubuhan daripada SRC Internatio­nal daripada bekas

Kuala Lumpur

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada menerima pembayaran elaun khas lebih RM1 juta pada Mei 2018.

Saksi pendakwaan ke-27, Timbalan Ketua Akauntan (Pengurusan), Jabatan Perdana Menteri, Zarina Yusuf, 55, berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Izzat Fauzan dalam prosiding perbicaraa­n kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan salah guna jawatan yang dihadapi Najib.

Menurut Zarina, pada Mei 2018, Najib menerima gaji berjumlah RM1,017,014.39 melalui akaun Bank Affin miliknya.

Terdahulu, Zarina memberitah­u mahkamah bahawa sejak Januari 2009 hingga April 2009, Najib menerima gaji sebanyak RM48,668.65 sebulan.

Dari Mei 2009 hingga April 2018, gaji Najib sebagai anggota pentadbira­n

adalah

sebanyak RM22,866 sebulan dan jumlah gaji penuh sebulan adalah sebanyak RM58,695.15.

IZZAT: Boleh beritahu mahkamah kenapa tiba-tiba gaji Najib menjadi RM1 juta pada Mei 2018?

ZARINA: Bagi gaji bulan Mei 2018, bayaran khas RM1 juta dibayar kepada Najib. Saya tidak pasti mengikut akta apa dan bayaran apa kerana ia disediakan bahagian kewangan. Yang saya difahamkan ialah ia bayaran khas untuk Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri.

IZZAT: Pembayaran dibuat ke dalam akaun mana?

ZARINA: Ia dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Najib di Bank Affin.

IZZAT: Gaji dibayar oleh siapa? ZARINA: Kerajaan Malaysia. Perkara 21 (1) Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 ada memperuntu­kkan bahawa individu yang terhenti daripada memegang jawatan

Perdana Menteri berhak mendapat sebarang elaun atas terma dan syarat yang ditetapkan oleh Jemaah

Menteri dari semasa ke semasa.

Terdahulu, Pegawai Tadbir Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen Malaysia, Farah Nurdiana Azhar, 42, memberitah­u mahkamah bahawa seorang calon yang dilantik sebagai ahli parlimen layak untuk menerima elaun tetap bulanan berjumlah RM25,700.

“Apabila seorang ahli Dewan Rakyat dilantik menjadi anggota pentadbira­n, Parlimen hanya akan membayar elaun bulanan sebanyak

RM16,000 bermula pada 1 Januari 2015. Sebelum kenaikan elaun bulanan dibuat, ahli Dewan Rakyat menerima RM6,508.59.

“Jika seseorang anggota pentadbira­n dilantik menjadi Ketua Dewan Rakyat iaitu Perdana Menteri, beliau menerima sebanyak RM3,846.59 yang mana ia berkuat kuasa pada tarikh pelantikan,” katanya.

Menurutnya, sepanjang 2011 hingga 2014, Najib menerima elaun sebagai Ahli Dewan Parlimen sebanyak RM6,508.59 dan juga elaun Ketua Dewan sebanyak RM3,846.59.

“Oleh itu jumlah pembayaran untuk Najib adalah sebanyak RM10,355.18 kecuali pada bulan yang beliau layak mendapat pembayaran khas.

“Untuk tempoh Januari 2015 hingga Mac 2018, Najib menerima elaun sebagai Ahli Dewan Parlimen sebanyak RM16,000 dan juga elaun Ketua Dewan RM3,846.59. Oleh itu jumlah pendapatan adalah sebanyak RM19,846.59 sebulan,” katanya.

Sementara itu ketika menjawab soalan peguam Harvinderj­it Singh yang mewakili Najib, Farah tidak mengetahui sama ada Ahli Parlimen Pekan itu mempunyai pendapatan lain atau tidak.

 ??  ?? ZARINA
ZARINA
 ??  ?? DR Kamariah
DR Kamariah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia