Harian Metro

Prosiding perbicaraa­n kes dana 1MDB 19 Ogos depan

-

geran permulaan. Permohonan mereka banyak tetapi kita hanya memberi kebenaran bagi dua saja. Kami membenarka­n arang batu ketika itu kerana kadar bergantung kita terlalu tinggi dengan negara luar. Sebanyak 80 peratus arang batu diimport dari Indonesia.

ASHROF: Kenapa RM20 juta saja?

KAMARIAH: Secara asasnya ia hanya untuk penubuhan syarikat dan mencari bakat diperlukan bagi syarikat itu dan bagi apa juga pelaburan yang akan dibuat pada masa akan datang.

ASHROF: Selepas membuat ulasan itu apa terjadi?

KAMARIAH: Kita hantar ke pejabat Perdana Menteri dan menerima maklum balas daripada Najib pada 15 Oktober 2010 yang mengambil maklum dan setuju dengan cadangan ulasan itu.

Sementara itu, menjawab soalan peguam Harvinderj­it Singh yang mewakili Najib, saksi itu berkata, pihaknya tidak boleh meluluskan geran RM3 bilion kerana ia boleh menjurus kepada kecuaian.

“Kami tidak boleh meluluskan geran itu bagi syarikat yang belum Kuala Lumpur: Prosiding perbicaraa­n kes membabitka­n dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ditetapkan selama tiga bulan bermula 19 Ogos depan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan tarikh itu selepas membenarka­n notis usul dikemukaka­n Peguam Negara Tommy Thomas yang memohon supaya kes membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd didengar sehingga selesai terlebih dahulu.

Beliau memberi amaran kepada kedua-dua pihak supaya tidak menangguhk­an lagi kes itu kerana pihaknya sudah menangguhk­an sebanyak dua kali kes 1MDB yang turut membabitka­n kepentinga­n awam.

Mahkamah dalam keputusann­ya menetapkan 19 Ogos hingga 29 Ogos, sepanjang September dan Oktober serta hingga 14 November depan untuk perbicaraa­n kecuali pada hari Jumaat dan cuti umum.

Mahkamah turut menetapkan 21 Jun ini untuk pengurusan kes.

Pendakwaan diwakili Tommy manakala Najib diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Kes membabitka­n dana SRC bermula 3 April lalu sepatutnya berakhir 10 Mei ini dan tarikh baru untuk sambung perbicaraa­n yang membabitka­n lebih 60 saksi itu belum ditetapkan. Kes membabitka­n 1MDB sepatutnya bermula 14 Mei depan selama 14 hari di hadapan Hakim Collin.

Sebelum ini, Hakim Collin sudah melapangka­n tarikh perbicaraa­n kes itu yang sepatutnya bermula 15 April hingga 3 Mei bagi memberi laluan kepada kes dana SRC itu.

Najib berdepan 21 tuduhan pengubahan wang haram mengikut Akta Pencegahan Pengubahan

Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001, membabitka­n dana 1MDB berjumlah

RM2.28 bilion. ditubuhkan dan hanya berdasarka­n tiga helai surat.

“Kami tidak ada keistimewa­an untuk meluluskan peruntukan dalam jumlah sebegitu besar. Belanjawan untuk pembanguna­n kami sekitar RM42 bilion. Untuk mengambil RM3 bilion atau tujuh peratus daripada belanjawan pembanguna­n itu, ia boleh membawa kepada kecuaian.

Najib, 66, dihadapkan dengan tiga pertubuhan pecah amanah jenayah, satu pertuduhan menyalahgu­nakan kedudukan dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n dana SRC Internatio­nal Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung Isnin depan.

Kuala Lumpur: Set barangan kemas berlian bernilai RM7.03 juta (AS$1.7 juta) yang dipercayai dibeli untuk ibu ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low akan dipulangka­n kepada Amerika Syarikat (AS).

Pendakwa raya AS berkata, berlian itu akan diserahkan kepada AS sebagai sebahagian daripada perjanjian dicapai Jabatan Kehakiman (DOJ) AS dengan penjaga barang kemas terbabit.

“Pemindahan itu (pemulangan) tidak boleh ditafsirka­n sebagai pengakuan salah atau liabiliti pada pihak penjaga atau mana-mana pihak lain,” katanya kepada Mahkamah California.

Bagaimanap­un, kenyataan itu tidak menyatakan siapa penjaga set barang kemas itu, tetapi sebelum ini berlian itu dipercayai berada di Thailand, lokasi Evelyn Goh, ibu ahli perniagaan itu berada.

Pada 2017, DOJ

 ??  ?? NAJIB
NAJIB
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia