Harian Metro

JKMPKA cadang anjur dialog antara agama Peribadi unggul terus dikenang

- Rizanizam Abdul Hamid mrizanizam@hmetro.com.my

Kerajaan mewujudkan Jawatankua­sa Mempromosi­kan Persefaham­an dan Keharmonia­n Di Antara Penganut Agama (JKMPKA) pada 2010 bertujuan mempromosi­kan dialog antara kaum dan agama di negara ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata, antara usaha dilakukan olehnya di bawah JKMPKA ialah dialog antara agama.

“Ia dirancang dan belum ditetapkan tarikh dan tempat sesuai.

“Selain itu, mesyuarat berkala turut diadakan antara wakil Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Perpaduan bagi membincang­kan kerjasama dalam menjayakan program dan aktiviti ke arah memupuk perpaduan antara kaum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui status Facebook di sini, semalam sebagai menjawab kritikan dan dakwaan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa kerajaan tidak peduli dengan cadanganny­a mewujudkan dialog antara agama bagi membincang­kan isu berkaitan sensitivit­i agama.

Mohd Asri berkata, cadangan itu disuarakan dalam pertemuan dengan Mujahid dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P Ramasamy Julai tahun lalu.

Mujahid berkata, selain itu banyak lagi usaha dan inisiatif dijalankan termasuk himpunan Solidariti Kedamaian 2019 yang mengumpulk­an pelbagai latar belakang agama dan kaum bagi menzahirka­n rasa cinta kedamaian pada 23 Mac 2019 bertempat di Dataran Merdeka.

Pemergian tokoh agama terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz, terus menyentuh perasaan rakyat negara ini khususnya mereka yang mengenali Allahyarha­m secara peribadi.

Pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew turut berkongsi kesedihan itu dan terus mengingati pesanan bekas Penasihat Agama Istana Negara itu setiap kali beliau hadir kuliah subuhnya.

“Saya banyak kali hadir kuliah arwah kerana kediamanny­a dekat dengan rumah mentua saya.

“Sejak muda saya ikuti kuliah dan pernah bekerjasas­ama dalam program ceramah.

“Sehingga saat akhir arwah berceramah dan memberi nasihat. Ada satu hajat dan nasihat almarhum Ustaz Hassan Din Al Hafiz dan begitu juga Almarhum Tuan Guru Harun Din (Datuk Dr Haron Din).

“Kedua-duanya mahu penyatuan Muslim dan menyayangi Islam serta membangunk­an agama bersama.

“Bila kita kuat, bersatu dan berakhlak mulia menjadi asbab hidayah buat semua manusia. Terlalu baik orangnya. Ya Allah,” tulisnya menerusi laman Instagram.

Menurut Ebit, kehilangan Abu Hassan menandakan kehilangan orang alim yang banyak berjuang dan berkorban dalam Islam.

“Tinggallah orang berdosa terutama saya ini. Kematian orang alim musibah besar. Beliau (Abu Hassan) selalu menangis demi agama ini. Menghargai setiap orang yang berdakwah.

“Ya Allah ampunkanla­h dosa dan tinggikan darjat Murabbi kami Ustaz Hassan Din di sisi-Mu. Berilah kekuatan, kesabaran dan jagakan seluruh anak dan ahli keluarga beliau dalam keberkatan dan meneruskan perjuangan ayahnya,” luahnya lagi.

Allahyarha­m Abu Hassan, 73, disahkan meninggal dunia jam 7.30 pagi kelmarin selepas rebah dan tidak sedarkan diri sebaik selesai solat Subuh.

Sementara itu, pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, 51, turut berkongsi sepotong video di laman Instagramn­ya mengenai pesanan Allahyarha­m dalam kehidupan apabila beliau meninggal dunia.

“Dalam hidup ini, kita perlu ingat, hidup hanya sementara, bukan selama-lamanya. Kita mesti ingat tempat sebenar kita di hari akhirat.

“Andainya esok saya tiada, pertama harapan saya anak dan keluarga saya kekalkan momentum macam hari ini. Alhamdulil­lah anak membanggak­an saya, tiada anak yang menyusahka­n saya. Allahuakba­r,” pesan Allahyarha­m melalui petikan video terbabit.

Penyanyi dan pengacara, Nur Heliza Helmi atau Heliza Helmi yang sering terbabit dalam program dakwah turut berkongsi petikan video daripada anak perempuan Allahyarha­m ketika menziarahi keluargany­a di Kampung Batu Muda kelmarin.

 Kehilangan tokoh ulama menyentuh perasaan ramai

“Masya-Allah, anakanda Guru Yang Mulia Ustaz Dato Seri Abu Hasan Din Al-Hafiz berkongsi banyak kisah kebaikan dan manfaat yang menjadi inspirasi kepada kita semua,” tulisnya sambil disertakan petikan video berkenaan melalui akaun Instagram.

Menurut anak Allahyarha­m, Munirah, bapanya tidak pernah marah dan meninggika­n suara kepada adik-beradiknya.

“Anak buat silap sikit, (dia) tak tinggi suara, tak marah, tak tengking. Dia hanya cakap bagi kita faham,” katanya seperti petikan video berkenaan.

 ??  ?? ADAM Corrie
HELIZA
ADAM Corrie HELIZA
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia