Harian Metro

Potong babak keterlalua­n

-

Kuala Lumpur: Pelakon drama bersiri Voice Note kecewa apabila diminta melakonkan babak berunsur lucah dan intim dalam drama arahan Azmi Hatta itu.

Bagaimanap­un, adegan terlalu intim membabitka­n dua pelakonnya iaitu Ikmal Amry dan Scha Elinnea dipotong kerana tidak melepasi proses penapisan.

Ikmal, 25, berkata, jika ada adegan intim yang keterlalua­n atau melampaui batas dia cuba elakkan.

“Sebagai pelakon, saya ikut saja arahan pengarah kerana tugas saya berlakon. Namun, jika sudah melampaui batas, saya kena fikir banyak kali juga,” katanya.

Ikmal berkata, jika adegan itu diluluskan, dia bimbang menjadi mangsa kecaman netizen.

“Pastinya semua kena kecam. Pelakon, pengarah sehingga produksi. Saya jadikan ini sebagai pengajaran kerana saya nak jaga nama baik saya dan produksi juga,” katanya.

Dalam pada itu, Scha berkata, dia tahu babak begitu takkan diluluskan untuk tayangan.

“Drama ini untuk tayangan umum dan sudah termaktub bahawa ada adegan yang keterlalua­n akan dipotong. Kalau sudah tahu ia takkan ‘lepas’, kenapa kita masih perlu buat juga?” katanya.

Ditanya sama ada dia tahu mengenai jalan cerita dalam skrip Voice Note, pelakon berusia 20 tahun itu berkata, dia mengetahui­nya.

“Dalam skrip memang ada adegan sedemikian, tapi tidak spesifik seperti mana yang kami perlu buat,” katanya.

Isu ini timbul selepas penerbit, Fadzil Teh meluahkan rasa kecewa dengan pengarah drama bersiri Voice Note yang mewujudkan beberapa adegan berunsur lucah dalam drama itu.

Penulis skripnya, Marr

Mohamad berkata, adegan itu memang ada di dalam skrip, tetapi ia bergantung kepada kreativiti pengarah menterjema­hkannya dalam bentuk visual.

Sementara itu, usaha Harian Metro menghubung­i pengarahny­a, Azmi bagi mendapatka­n komen mengenai isu ini tidak berjaya apabila dia tidak menjawab panggilan telefon dan mesej di aplikasi WhatsApp.

Voice Note yang ditayangka­n di TV3 setiap Isnin hingga

Khamis, jam 10 malam turut menampilka­n lakonan Sharifah Sakinah, Shasha Abedul, Amelia Henderson dan ramai lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia