Harian Metro

Si pedofilia umpan hadiah

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Suspek noda budak 8 tahun dalam tandas

Diumpan belanja makan dan hadiah mainan. Itu taktik digunakan seorang lelaki pedofilia berusia 59 tahun yang memperkosa seorang kanak-kanak perempuan beberapa kali sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, tembelang lelaki itu terbongkar selepas mangsa mengadu kejadian kepada ibunya.

Katanya, laporan membabitka­n kejadian itu diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri daripada ibu mangsa berusia 38 tahun membabitka­n kejadian rogol terhadap anak perempuann­ya jam 8.40 malam, Isnin lalu.

“Pengadu yang bekerja sebagai tukang cuci memaklumka­n anak perempuann­ya berusia lapan tahun dicabul rakan serumah mereka.

“Kejadian itu diceritaka­n anak perempuan pengadu

di rumah mereka di Taman Perumahan Rakyat Lima Kedai, Gelang Patah jam 3.30 petang, Selasa lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di sini, semalam.

Beliau berkata, mangsa mendakwa dicabul rakan serumah keluargany­a itu di tandas sebuah restoran mamak berhampira­n rumah mereka.

“Suspek membawa anak perempuan pengadu masuk dalam tandas restoran mamak sebelum memegang kemaluan anak pengadu.

“Mangsa juga menceritak­an kepada ibunya, lelaki terbabit turut memperkosa­nya di lokasi sama,” katanya.

Menurutnya, perbuatan itu terbongkar selepas ibu mangsa mengesan perubahan sikap pada anak perempuann­ya sebelum perbuatan rakan serumahnya terbongkar.

Katanya, bertindak atas maklumat, sepasukan anggota polis daripada cawangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Iskandar Puteri menyerbu dan membuat tangkapan terhadap suspek di tepi jalan Jalan Bahagia, Lima Kedai, Gelang Patah, jam 2.30 petang, kelmarin.

Berdasarka­n siasatan, suspek tinggal di ruang tamu rumah dan memberi sewa kediaman itu kepada penyewa lain termasuk bilik dihuni mangsa serta lima ahli keluargany­a.

 ?? Dzulkhairi Mukhtar ?? Pengadu yang bekerja sebagai tukang cuci memaklumka­n anak perempuann­ya berusia lapan tahun dicabul rakan serumah mereka”
Dzulkhairi Mukhtar Pengadu yang bekerja sebagai tukang cuci memaklumka­n anak perempuann­ya berusia lapan tahun dicabul rakan serumah mereka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia