Harian Metro

Berderau dapat tahu anak hilang

-

Seremban: “Selama ini saya hanya mendengar berita anak orang hilang dan apabila berdepan sendiri situasi itu, memang takut,” kata Mahadhir Mat Lazim, 43, bapa kepada seorang daripada pelajar Tahfiz Al-Quran Darussyifa di Repah, Tampin yang melarikan diri bersama dua rakan, 24 April lalu.

Bagaimanap­un, Umair Fayed, 13 ditemui semula di sebuah pusat komputer di Jinjang, Kuala Lumpur, semalam.

Mahadhir berkata, anak keempat daripada enam beradik itu melarikan diri dari tahfiz berkenaan jam 2 pagi sebelum disedari warden asrama.

Katanya, mereka berjalan enam kilometer (km) ke stesen kereta api di Pulau Sebang, Melaka ke KL Sentral, Kuala Lumpur sebelum ke Sungai Buloh dan Petaling Jaya, Selangor.

Menurutnya, anaknya dan rakan dipercayai dibawa seorang lelaki berusia 30-an ke sebuah pangsapuri di Batu Muda, Kuala Lumpur dan bekerja di sebuah restoran di kawasan itu dengan bayaran RM35 sehari.

Jurutera itu berkata, sepanjang lapan hari kehilangan anaknya itu, dia bimbang, takut dan sedih.

“Fikiran saya bercelaru dan terpaksa mengambil cuti untuk mencari anak.

“Selama ini saya hanya membaca kehilangan anak orang dan apabila menimpa diri sendiri, kerisauan itu tidak terkata,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Tasik Kesuma, semalam.

Menurutnya, dia yang dimaklumka­n orang ramai mengenai anaknya berada di Damansara Damai mencari sejak Rabu hingga Sabtu lalu, namun gagal.

“Polis mengesan isyarat telefon dan mendapati anak berada di AU2, Keramat tetapi apabila saya ke sana gagal menemuinya.

“Saya seperti putus asa, tetapi selepas dimaklumka­n anak berada di Jinjang saya bergegas ke sana,” katanya.

Katanya, dia bersyukur apabila menemui semula Umair dan rakan, Armand Zafran Musa, 14, yang bermain permainan video di pusat komputer berkenaan.

“Anak saya memberitah­u dia dan rakan serta beberapa remaja lain menetap di pangsapuri dengan bekerja di kawasan sekitar.

“Saya bimbang jika ia membabitka­n sindiket menyembuny­ikan remaja yang melarikan diri,” katanya bercadang membuat laporan polis susulan.

 ??  ?? MAHADHIR bersyukur anaknya, Umair Fayed ditemui selamat.
MAHADHIR bersyukur anaknya, Umair Fayed ditemui selamat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia