Harian Metro

Sedih sangat...

- Amir Abd Hamid am@hmetro.com.my

 Balu pemandu lori sebak bakal lahir anak keempat tanpa suami di sisi

“Saya bersyukur anak tidak trauma dengan kejadian yang berlaku. Walaupun ayah mereka terkorban ketika bertugas memandu lori Februari lalu, mereka tetap tabah.

“Cuma saya sendiri rasa kehilangan sangat lebih-lebih lagi ketika ini menunggu masa untuk melahirkan anak keempat,” kata Katijah Abdul Karim, 36.

Katijah balu kepada Allahyarha­m Mohamad Suhaimi Khamis, 38, yang maut dalam kemalangan ngeri di Kilometer 372 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara dekat Slim River, Perak, 23 Februari lalu.

Sebelum ini, katanya, suami yang banyak membantu termasuk menghantar ke klinik untuk pemeriksaa­n bulanan dan menghantar ke hospital ketika melahirkan tiga cahaya mata termasuk kembar Mohamad Ammar dan Mohamad Ameer kini berusia sembilan tahun dan Nur Afiqah, 8.

Menurutnya, dia dijangka bersalin pada 15 Mei ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa Ramadan dan kemungkina­n meminta bantuan adik-beradik atau jiran terdekat menghantar ke Hospital Serdang apabila sampai waktu melahirkan.

“Kandungan saya sudah berusia 37 minggu tiga hari. Ketika sarat mengandung kali ini, perasaan saya rasa semakin sensitif.

“Saya berdoa supaya segala-galanya Allah permudahka­n dan dapat mengawal perasaan sedih yang membuak-buak. Suami pergi sekelip mata. Saya reda dan menuruti perjalanan hidup yang Allah tentukan,” katanya sebak.

Dia ditemui ketika menerima kunjungan dan sumbangan daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) di kediamanny­a di Pangsapuri Melur, Taman Bukit Kinrara di sini, semalam.

Menurutnya, sejak kematian suami dia tidak lagi keluar berniaga kuih di tepi jalan yang rutin sebelum ini dilakukann­ya dan mungkin menyambung semula perniagaan selepas tamat tempoh edah.

“Saya hanya keluar rumah sekiranya membawa anak ke Tanah Perkuburan Islam USJ 22 Subang Jaya untuk menziarahi pusara ayah mereka.

“Semalam (kelmarin) pun saya bawa mereka ke sana. Saya syukur anak sudah membiasaka­n diri dengan ketiadaan ayah mereka selama-lamanya.

“Mereka kerap menghadiah­kan al-Fatihah untuk arwah ayah mereka seperti yang saya sarankan,” katanya yang menjelaska­n dia tidak tahu jantina bayi dalam kandungann­ya.

Namun, katanya, dia merancang untuk meletakkan nama Mohamad Aiman sekiranya anak dilahirkan kelak lelaki atau Nor Atiqah jika zuriat keempat itu perempuan.

Katijah berkelulus­an Diploma Ukur Tanah Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan pernah bekerja sebagai juruukur tanah sebelum memutuskan berhenti kerja untuk menjaga anaknya turut menyatakan penghargaa­nnya kepada ramai pihak yang memberi sumbangan, sekali gus dapat meringanka­n bebannya.

Orang ramai yang mahu memberikan sumbangan boleh berbuat demikian kepada nombor akaun Maybank 1648380129­05 atas nama Katijah Abdul Karim.

Sementara itu, Ketua Bahagian Korporat PAAB Rozaifee Abu Zaharim berkata, beliau mewakili syarikat itu menyerahka­n sumbangan hasil kutipan kakitangan yang membabitka­n kelengkapa­n pakaian Aidilfitri, barangan keperluan harian, peralatan elektrik bernilai RM2,000 serta zakat RM1,000.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Mohamad Suhaimi yang memandu lori tangki membawa muatan diesel, rentung selepas kenderaan dipandunya dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh lori lain dalam kemalangan itu.

 ??  ?? ROZAIFEE hadir menyampaik­an sumbangan kepada Katijah dan anaknya di kediaman mereka di Pangsapuri Melur, Taman Bukit Kinrara di Puchong, Selangor, semalam.
ROZAIFEE hadir menyampaik­an sumbangan kepada Katijah dan anaknya di kediaman mereka di Pangsapuri Melur, Taman Bukit Kinrara di Puchong, Selangor, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia