Harian Metro

Ibu tiga anak dikenakan Perintah Kehadiran Wajib dua jam sehari

-

Melaka: Ibu tiga anak dikenakan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) selama dua jam sehari untuk tempoh tiga bulan selepas mengaku bersalah mencuri pakaian dan permainan di sebuah pasar raya kira-kira dua bulan lalu.

Hukuman itu diputuskan Majistret Muhammad Nazrin Ali Rahim selepas tertuduh, Haizum Hassan, 28, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang berkerja sebagai pembantu jualan di Pasaraya Aeon Ayer Keroh, didakwa sebagai orang yang digaji berniat curang mencuri dua helai LS Shirt, sehelai T-Shirt Diadora dan satu kotak alat permainan Tableware bernilai RM176 milik majikannya iaitu Pasaraya AEON Co (M) Bhd, kira-kira jam 10.30 malam pada 24 Februari lalu.

Justeru, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Mengikut fakta kes, kira-kira jam 10.30 malam pada hari kejadian, pengadu yang bertugas sebagai pengawal keselamata­n membuat pemeriksaa­n ke atas pekerja pasar raya terbabit.

Pemeriksaa­n ke atas badan tertuduh bagaimanap­un menemukan sebuah beg jaring yang di dalamnya mengandung­i dua beg kecil.

Pemeriksaa­n lanjut ke atas beg terbabit menemukan tiga helai baju milik AEON Ayer Keroh Melaka dan satu kotak mainan yang belum dibuat pembayaran.

Pengadu kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Baru, jam 11.16 malam hari sama.

Terdahulu ketika prosiding berjalan, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan hukuman ringan dan memohon tidak dipenjarak­an.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwa Raya Intan Liyana Zainal Abidin mencadangk­an kepada mahkamah untuk mengambil kira fakta kes dan barang yang dicuri tertuduh bukan barang keperluan harian.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Muhammad Nazrin memerintah­kan tertuduh menjalani PKW di Pusat Kehadiran Wajib Jabatan Penjara Malaysia, Melaka Tengah, dua jam setiap hari selama tiga bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia