Harian Metro

Perjalanan terakhir ayah

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Warga emas maut tersepit kereta rempuh lori tangki

“Saya tidak sangka perjalanan menziarahi rakan mereka yang sakit berakhir dengan tragedi.

“Lebih pilu apabila emak menyaksika­n ayah tersepit dan menghembus­kan nafas terakhir di tempat duduk pemandu,” kata Nur Shakirin Sabri, 33.

Nur Shakirin anak pesara tentera yang maut dalam kemalangan di Kilometer 45, Jalan Teluk Intan-Klang berdekatan Panchang Bedena, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 6 pagi, Perodua Myvi dipandu mangsa, Sabri Arifin, 67, dipercayai memasuki laluan bertentang­an lalu melanggar sebuah lori tangki.

Rempuhan itu mengakibat­kan Sabri meninggal dunia di tempat kejadian, manakala isterinya, Nurlian L Abdullah, 58, cedera di tangan dan kaki.

Nur Shakirin berkata, dia tidak melihat perubahan pada bapanya yang disifatkan

sebagai seorang yang peramah dan ceria.

“Kebetulan semalam (kelmarin) cuti Hari Pekerja dan saya sekeluarga berkesempa­tan menziarah ayah dan emak di kampung.

“Sebelum berangkat pulang, ayah sempat memberitah­u mahu pergi ke Tanjong Karang untuk menziarahi rakan yang sakit. Itu kali terakhir saya menemuinya,” katanya di Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), di sini, semalam.

Menurut Nur Shakirin yang menetap di Ipoh, Perak, dia dimaklumka­n mengenai kejadian melalui panggilan telefon daripada ahli keluargany­a.

“Dunia terasa gelap seketika sebaik mengetahui berita kematian ayah dan bergegas ke hospital.

“Kami reda dengan ketentuan Ilahi dan bersyukur ibu selamat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superinten­dan Nor Azmi Isa berkata, siasatan mendapati pasangan berkenaan menaiki kereta dari arah Teluk Intan, Perak menuju Tanjong Karang.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan mangsa memasuki arah bertentang­an menyebabka­n pemandu lori membunyika­n hon.

“Mangsa cuba mengelak, namun gagal dan melanggar depan lori tangki itu,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia