Harian Metro

Pecah pintu bank kad ATM tersekat ‘Samurai’ tewas

- Hadzlihady Hassan hadzlihady@hmetro.com.my

Port Dickson: Berang kad bank tidak dapat dikeluarka­n dari mesin pengeluara­n wang automatik (ATM), seorang lelaki memecahkan pintu kaca di sebuah bank di Jalan Lama Port Dickson di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superinten­dan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, lelaki berusia 47 tahun membuat kacau dengan membaling dan memijak tong sampah sebelum memecahkan pintu masuk bank.

“Pada awalnya, ia berpunca kad ATM miliknya tidak dapat dikeluarka­n dari mesin ATM.

“Pihak bank kemudian menyerahka­n semula kad itu kepada suspek, tetapi lelaki itu turut mengganggu pelanggan lain,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Katanya, bimbang berlaku perkara lebih buruk, pihak bank membuat laporan polis dan suspek ditahan tidak jauh dari bank berkenaan.

Berbekalka­n pedang samurai, seorang lelaki dikesan aktif melakukan samun di kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak di sekitar Seberang Perai Tengah, di sini.

Sasarannya pula hanya rokok dan wang tunai namun selepas empat kali melakukan jenayah itu sejak kelmarin dan awal pagi semalam, dia akhirnya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, dalam kejadian pertama jam 8 pagi kelmarin, suspek berusia 23 tahun masuk ke stesen minyak di Seberang Jaya.

Katanya, suspek meminta tiga kotak rokok dan juruwang wanita berusia 24 tahun yang bertugas ketika itu memberikan kepadanya tanpa mengesyaki apa-apa.

“Bagaimanap­un, suspek tidak membayar dan terus melarikan diri menyebabka­n mangsa melaporkan kejadian kepada polis,” katanya

ketika dihubungi di sini, semalam.

Nik Ros Azhan berkata, suspek kemudian cuba menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Jelawat jam 12.30 malam kelmarin.

“Suspek mahu membeli 20 kotak rokok namun juruwang lelaki yang bertugas curiga selepas melihat pedang samurai terselit di belakang badannya.

“Menyedari perbuatan sudah diketahui, suspek keluar dari premis berkenaan, manakala

 Lelaki samun 4 kedai, stesen minyak diberkas

pekerja itu menghubung­i polis,” katanya.

Katanya, selepas itu suspek pergi pula ke kedai serbaneka 24 jam di Taman Pauh Indah, di sini, jam 1 pagi dan menyamun 40 kotak rokok serta wang tunai berjumlah RM36.

“Suspek turut menyamun kedai serbaneka 24 jam di Taman Chai Leng tidak lama selepas itu.

“Dalam kejadian itu, suspek melarikan 75 kotak rokok bernilai RM1,193 dan wang tunai RM161,” katanya.

Menurutnya, polis yang menerima maklumat berjaya menahan suspek jam 5 pagi semalam di Flat Ampang Jajar, Butterwort­h.

“Semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod lampau membabitka­n kes jenayah dan satu kes dadah.

“Polis turut merampas sebilah pedang samurai yang digunakann­ya dan suspek turut mengaku melakukan semua perbuatan samun itu,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK berpedang samurai menyamun kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak akhirnya tumpas.
SUSPEK berpedang samurai menyamun kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak akhirnya tumpas.
 ??  ?? KEADAAN pintu kaca sebuah bank yang dipecahkan suspek.
KEADAAN pintu kaca sebuah bank yang dipecahkan suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia