Harian Metro

Paha bengkak rupanya kanser

- Amirul Aiman Hamsuddin am@hmetro.com.my

 Ibu tunggal hidap barah buntu perbelanja­an sekolah dua anak

“Pada awalnya saya menyangka paha hanya bengkak biasa, namun ia semakin membesar dan disahkan sebagai kanser,” kata ibu tunggal, Rosilawati Sha’ari, 53, yang menghidap kanser sarcoma sejak tujuh bulan lalu.

Ibu kepada empat anak itu berkata, dia menyedari bengkak di paha kirinya pada hujung September tahun lalu.

“Saya abaikan bengkak itu kerana ia tidak berasa sakit. Namun, pada November lalu, bengkak berkenaan makin membesar dan saya rasai kesakitan ketika bekerja sehingga pernah demam selama dua minggu.

“Pada 20 Februari lalu, saya menjalani pemeriksaa­n di Hospital Teluk Intan (HTI), Perak dan doktor memaklumka­n kemungkina­n ada ketumbuhan di bawah

paha kiri saya.

“Saya kemudian dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum diberitahu doktor bahawa ia kanser sarcoma,” katanya ketika ditemui di kediamanny­a di Taman Aman di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, Datuk Abd Rahman Bakri yang turut menyalurka­n sumbangan barangan keperluan kepada pekerja restoran makanan segera itu.

Rosilawati berkata, dia buntu memikirkan keadaan diri terutama dua anaknya yang masih bersekolah.

“Saya kini hanya bergantung dengan bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan sumbangan rakan serta jiran yang datang menziarah.

“Tahap kesihatan saya juga semakin merosot kerana kerap demam dan kurang selera makan. Kos perbelanja­an harian dan pergi ke hospital juga tidak mencukupi kerana saya tidak lagi mampu bekerja,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubung­i Rosilawati di talian 017-3371208 atau 011-6235 5336 atau menyalurka­n sumbangan ke akaun Maybank miliknya bernombor 1120351761­20.

 ?? FOTO: AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN ?? ABD Rahman (dua dari kiri) menziarah Rosilawati (kanan) di rumah sewanya di Taman Aman, semalam.
FOTO: AMIRUL AIMAN HAMSUDDIN ABD Rahman (dua dari kiri) menziarah Rosilawati (kanan) di rumah sewanya di Taman Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia