Harian Metro

Tak semudah disangka

- Hadzlihady Hassan, Shamsul Munir Safini dan Nur Izzati Mohamad am@hmetro.com.my

 Pasukan khas bomba perlu bijak main emosi hadapi individu cuba terjun jambatan

Bomba mempunyai pasukan khas lengkap dengan unit penyelam dan pakar kaunseling bagi menghadapi kes cubaan terjun di Jambatan Pulau Pinang dan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS), dekat sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Mokhtar berkata, pasukan itu adalah anggota terlatih yang mengikuti kursus kaunseling di Universiti Sains Malaysia (USM) yang melayakkan mereka menangani individu hilang tujuan hidup.

Katanya, antara faktor mendorong pembentuka­n pasukan itu ialah kekerapan kes bunuh diri setiap tahun.

“Kebanyakan

mereka adalah anggota berpengala­man yang mengikuti kursus berkaitan termasuk kaunseling, malah ada data berbentuk skrip yang akan digunakan anggota untuk setiap kes ini.

“Setiap individu yang mahu membunuh diri mempunyai alasan tersendiri. Justeru anggota perlu bijak menghadapi mereka bersandark­an pendekatan bersesuaia­n.

“Ada beberapa kes, mangsa enggan berbual dengan pihak lain namun apabila didekati anggota kita, mereka menunjukka­n ruang mendengar dan mahu didekati,” katanya.

Saadon berkata, banyak pihak menganggap tugas untuk menggagalk­an usaha individu mahu membunuh diri adalah mudah, tetapi hakikatnya, mereka perlu bermain dengan emosi dan pendekatan khusus.

“Ada yang cakap untuk hadapi mereka ini mudah iaitu dengan menahan sahaja orang itu, tetapi sebenarnya ia tak sesenang seperti yang disangka.

“Menangkap mereka adalah langkah terakhir yang akan diambil selepas usaha pemujukan tidak berhasil,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu ada enam kes cubaan terjun di JPP dilaporkan manakala sembilan lagi di JSAHMS.

Katanya, empat kes dilaporkan sejak Januari hingga Mac lalu, masing-masing dua kes di kedua-dua jambatan itu.

“Mengikut rekod kita, lelaki paling tinggi dengan 13 kes berbanding dua kes wanita pada 2018 manakala untuk empat kes tahun ini semuanya lelaki,” katanya.

 ?? Saadon ?? Ada yang cakap untuk hadapi mereka ini mudah iaitu dengan menahan sahaja orang itu, tetapi sebenarnya ia tak sesenang seperti yang disangka”
Saadon Ada yang cakap untuk hadapi mereka ini mudah iaitu dengan menahan sahaja orang itu, tetapi sebenarnya ia tak sesenang seperti yang disangka”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia