Harian Metro

Terpaksa ‘curi’ elektrik

-

 700 penduduk terdedah bahaya akibat penyambung­an haram

“Ada beberapa kejadian renjatan elektrik, tapi kami terpaksa sambung (elektrik secara haram) untuk dapatkan bekalan,” kata Dayang Halimah Otoh, 57, penduduk Kampung Mangkalina­u.

Ia dilema dihadapi kira-kira 700 penduduk di perkampung­an setinggan atas air akibat kesukaran memohon bekalan elekrik susulan status kampung yang tidak diiktiraf sejak didirikan 30 tahun lalu.

Penduduk mendakwa bukan saja terdedah kepada bahaya akibat penyambung­an haram, malah berdepan kesukaran memohon kemudahan lain termasuk membaiki jambatan bagi menghubung­kan

setiap rumah kayu di kawasan terbabit.

Halimah yang berasal dari Pulau Tanjung Aru, dekat sini mengakui sejak lebih 11 tahun tinggal di kampung itu, mereka bergantung bekalan elektrik yang dicuri dari kawasan berhampira­n.

“Memang kami sentiasa terdedah kepada bahaya kerana wayar elektrik yang disambung tak selamat, tapi apa boleh buat.

“Kami harap kerajaan ada langkah untuk tangani masalah ini dengan mengiktira­f kampung kami sebagai kampung yang sah kerana penduduk di sini ada juga warganegar­a,” katanya ketika ditemui, kelmarin.

Sementara itu, ketua masyarakat di kampung itu, Mohamad Idris, 51, berkata ada 400 rumah di kampung terbabit dua lagi penempatan kecil yang di kawasan itu dikenali sebagai Kampung Arang dan Kampung Icebox.

Katanya, kemudahan sah yang ada di kampung itu cuma bekalan air manakala elektrik sehingga kini adalah sambungan haram kerana kesukaran bagi melakukan permohonan susulan status kampung yang bertaraf setinggan.

“Jambatan kayu pun cuma sekali diganti ketika pemerintah­an Barisan Nasional (BN), namun cuma bertahan lima tahun. Selepas itu, penduduk ambil inisiatif tampal sendiri mana jambatan yang berlubang.

“Selain diiktiraf sebagai kampung yang sah, kami juga harap kerajaan akan beri kemudahan seperti balai raya supaya Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dapat dibuka. Anak-anak di sini ramai yang tak bersekolah kerana masalah dokumen,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura, Calvin Chong Ket Kiun berkata ada empat perkampung­an setinggan dalam DUN Elopura membabitka­n Kampung Forest, Kampung Goodview, Kampung Mangkalina­u dan Kampung Bakau-Letat dengan jumlah keseluruha­n rumah dianggarka­n 4,000 buah.

Katanya, pihaknya dalam perancanga­n untuk melakukan bancian di Kampung Mangkalina­u untuk mengenal pasti panjang jambatan perlu dinaik taraf dan jumlah rumah memerlukan bekalan elekrik bagi menangani isu kecurian bekalan elektrik yang mendatangk­an kesan terhadap kilang perindustr­ian di sekitar kawasan itu, selain bahaya kepada penduduk.

“Kampung Mangkalina­u ada kira-kira 2,000 rumah, namun jumlah warganegar­a cuma sekitar 400 orang. Kita akan mula ukur panjang jambatan perlu dinaik taraf dan jumlah rumah perlu bekalan elektrik dalam waktu terdekat ini,” katanya.

 ??  ?? PENDUDUK mengharapk­an kerajaan dapat memperbaha­rui jambatan sedia ada, di Kampung Mangkalina­u.
PENDUDUK mengharapk­an kerajaan dapat memperbaha­rui jambatan sedia ada, di Kampung Mangkalina­u.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia