Harian Metro

Jangan guna nama AMANAH

-

Sandakan: Parti Amanah Negara (AMANAH) memberi peringatan kepada calon Bebas, Hamzah Abdullah agar tidak membabitka­n parti itu dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sandakan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abdul Samad, berkata AMANAH sejak awal lagi sudah menyatakan pendirian untuk menyokong calon daripada rakan Pakatan Harapan (PH) dalam PRK berkenaan.

Katanya, Hamzah bukan lagi ahli AMANAH kerana sudah keluar parti dan menyerahka­n borang peletakan jawatan.

“Pendirian kita dari awal menyatakan akan sokong calon DAP yang diletakkan dalam PRK Sandakan iaitu Vivian Wong (Vivian Wong Shir Yee).

“Kita hormati sikapnya (Hamzah) mahu keluar daripada AMANAH. Mahu bertanding itu hak dia, tetapi tentukanla­h supaya nama AMANAH tidak dibabitkan,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja bersama Jabatan Landskap Negara di Taman Hutan Hujan Sandakan, semalam.

Selasa lalu, Ketua Pemuda AMANAH Sabah, Khairuddin Daud membuat laporan polis terhadap Hamzah susulan tindakan sekumpulan lelaki tidak dikenali yang memakai baju dengan logo parti sambil mengedarka­n risalah calon Bebas itu.

Hamzah yang juga bekas pengasas AMANAH Sabah bertanding dalam PRK Parlimen Sandakan yang diadakan susulan kematian penyandang­nya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

PRK itu menyaksika­n pertanding­an lima penjuru antara Shir Yee; Naib Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Linda Tsen Thau Lin dan tiga calon Bebas iaitu Hamzah; bekas pengurus operasi syarikat kelapa sawit, Chia Siew Yung dan bekas pembantu tadbir Pusat Khidmat Parlimen Sandakan, Sulaiman Abdul Samat.

Khalid berkata, AMANAH juga tidak akan menganggap DAP sebagai musuh bagi orang Islam atau Melayu dan menyifatka­n ia hanya mainan politik yang mungkin laku di Semenanjun­g.

Beliau berkata, AMANAH berharap sokongan terhadap calon DAP itu tidak menjadi isu atau hujah yang diterima oleh rakyat Sabah khususnya Sandakan dalam pilihan raya itu.

Mengenai lawatan itu, Khalid yang juga Menteri Wilayah Persekutua­n berkata, ia bertujuan untuk melihat keperluan pembanguna­n dua taman awam di daerah ini iaitu Taman Hutan Hujan Sandakan dan Taman Ujana Elopura.

 ?? Khalid Abdul Samad ?? Kita hormati sikapnya (Hamzah) mahu keluar daripada AMANAH. Mahu bertanding itu hak dia, tetapi tentukanla­h supaya nama AMANAH tidak dibabitkan”
Khalid Abdul Samad Kita hormati sikapnya (Hamzah) mahu keluar daripada AMANAH. Mahu bertanding itu hak dia, tetapi tentukanla­h supaya nama AMANAH tidak dibabitkan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia