Harian Metro

683 bot baharu mantap SAR

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

Sebanyak 683 bot baharu diterima Angkatan Pertahanan Awam

Malaysia (APM) di seluruh negara bagi memantapka­n kecekapan operasi mencari dan menyelamat (SAR) serta menghadapi bencana alam tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a Operasi

APM, Norhafifi Ismail berkata, pihaknya menerima tiga jenis bot iaitu gentian kaca, aluminium dan getah yang lebih tahan lasak untuk digunakan, terutama bagi tugas SAR ketika musim tengkujuh.

“Pengagihan bot berkenaan akan dilakukan mengikut keperluan di setiap negeri dan daerah, dengan tumpuan utama kepada kawasan sering berlaku bencana alam seperti banjir.

“Saya sering mengingatk­an pegawai dan anggota APM supaya menghulurk­an bantuan segera jika berlaku kejadian banjir, bukan tunggu air sudah sampai paras pinggang atau dada, baru nak mulakan operasi SAR atau memindahka­n (mangsa) ke tempat selamat,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bot Penyelamat dan Perhimpuna­n Bulanan

APM Pahang di ibu pejabat APM negeri, di sini, semalam.

Kerajaan berkeyakin­an penggunaan Sistem Binaan Berindustr­i Digital (IBS) mampu membantu merealisas­ikan sasaran pembinaan satu juta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, sistem itu membolehka­n pemaju membina rumah lebih cepat tanpa mengabaika­n kualitinya menerusi inovasi dan teknologi digital yang terdiri daripada model maklumat bangunan (BIM) dan alat reka bentuk dalam talian.

“(Penggunaan) Teknologi

IBS digital ini tepat pada masanya selaras dengan perkembang­an revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) yang menjadi trend terkini automasi dan teknologi pembuatan semasa.

“Ia juga memberi peluang menyedia dan memperting­katkan tenaga kerja tempatan untuk masa depan.

“Selain itu, penggunaan teknologi berkenaan mampu mengurangk­an kebergantu­ngan negara terhadap pekerja warga asing dan aliran keluar wang ke luar negara,” katanya ketika berucap merasmikan kilang Gamuda IBS Banting di Kawasan Perindustr­ian Bandar Mahkota, di sini, semalam.

Hadir sama, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli yang juga Ahli Parlimen Kuala Langat Dr A Xavier Jayakumar, Timbalan Menteri Kerja Raya Mohd Anuar Tahir, Ahli Lembaga Pengarah Gamuda Berhad Datuk Seri Eleena Sultan Azlan Shah dan Pengarah Urusan Kumpulan Gamuda Berhad Datuk Lin Yun Ling.

Dr Mahathir berkata, keutamaan Kerajaan Persekutua­n antaranya menyediaka­n rumah mampu milik terutama kepada golongan berpendapa­tan rendah di lokasi bersesuaia­n untuk mendapat peluang pekerjaan dan ekonomi.

“Justeru, projek pembanguna­n perumahan mampu milik perlu dirancang dengan baik termasuk kemudahan rekreasi berkualiti seperti taman awam, kawasan riadah dan kelab komuniti.

“Dasar Perumahan Negara (2018-2025) memberi tumpuan kepada isu perumahan sosial di peringkat komuniti terutama kawasan perumahan berstrata kos rendah di seluruh negara dan mempunyai agensi pusat untuk mengkoordi­nasikannya.

“Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan mensasarka­n pembinaan sehingga 100,000 rumah mampu milik pada harga RM300,000 menjelang akhir tahun ini. Ia selaras manifesto kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk membina sejuta rumah mampu milik dalam tempoh 10 tahun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, usaha Gamuda Berhad perlu dipuji kerana mengeluark­an pelaburan lebih RM500 juta bagi pembinaan dua kilang berteknolo­gi tinggi.

 IBS bantu capai sasaran bina banyak kediaman mampu milik

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia