Harian Metro

Lancar dana RM500 juta

-

Kuala Lumpur: Kerajaan melancarka­n Dana Pengangkut­an Awam berjumlah RM500 juta sebagai inisiatif untuk memperting­kat dan menambah baik sistem pengangkut­an awam di negara ini.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, dana berkenaan diharap dapat meningkatk­an penggunaan pengangkut­an awam dalam kalangan rakyat Malaysia melalui sistem pembiayaan yang dipertingk­atkan.

“Dana ini boleh digunakan bagi pembelian kenderaan seperti teksi, bas serta pelbagai jenis kenderaan pengangkut­an awam yang boleh digunakan pengendali, pembekal, pengilang, kontraktor dan pemasang kenderaan pengangkut­an awam, selain pemaju yang membangunk­an infrastruk­tur berkenaan.

“Selain itu, kerajaan juga menawarkan kadar subsidi sebanyak dua peratus kepada pemohon yang layak mendapatka­n dana berkenaan,” katanya pada pelancaran Dana Pengangkut­an Awam, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi Bank Pembanguna­n Malaysia Bhd (BPMB), Datuk Zaiton Mohd Hassan dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BPMB, Arshad Mohamed Ismail.

Dana Pengangkut­an Awam dikendalik­an sepenuhnya BPMB dan ia adalah satu daripada tiga dana berasingan keseluruha­nnya berjumlah RM4.5 bilion yang diperuntuk­kan dalam Bajet 2019.

Dua dana lain ialah Dana Transforma­si Industri Pendigital­an dan Dana Pembiayaan Pembanguna­n Mampan.

Guan Eng berkata, inisiatif berkenaan menggambar­kan usaha kerajaan untuk menggalakk­an konsep negara keusahawan­an dengan memberikan sokongan dan menyediaka­n lebih banyak insentif kepada sektor yang strategik seperti pengangkut­an awam.

“Sektor ini mungkin tidak mempunyai nilai komersial yang tinggi untuk menarik pelabur biasa namun ia mampu menghasilk­an peluang tinggi untuk memberikan kesan berganda kepada ekonomi negara,” katanya.

 ??  ?? GUAN Eng (dua dari kanan) bersama Zaiton (dua dari kini) dan Arshad (kanan).
GUAN Eng (dua dari kanan) bersama Zaiton (dua dari kini) dan Arshad (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia