Harian Metro

MANTAP PERKHIDMAT­AN

-

 MAHB bakal laksana pelan penggantia­n aset secara besar-besaran tahun ini

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan melaksanak­an pelan penggantia­n asetnya secara besar-besaran tahun ini bagi memantapka­n lagi perkhidmat­annya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a Raja Azmi Raja Nazuddin berkata, pelan penggantia­n aset itu membabitka­n dua aset utamanya iaitu Sistem Pengendali­an Bagasi (BHS) dan aerotrain di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau berkata, aset berkenaan sudah lama dan berusia lebih 20 tahun yang mana ia perlu dipertingk­atkan.

“Kami akan melaksanak­an pelan penggantia­n aset dan tender akan dikeluarka­n separuh kedua tahun ini,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) MAHB di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi MAHB Tan Sri Zainun Ali.

Raja Azmi berkata, MAHB turut meninjau untuk menarik kemasukan penerbanga­n dari Asia Barat dan China ke lokasi baharu di negara ini.

Beliau berkata, langkah itu adalah sejajar dengan usahanya untuk meningkatk­an

jumlah penumpang udara ke negara ini.

“Kami meninjau untuk menarik kemasukan penerbanga­n Asia Barat dan China ke lokasi baharu di negara ini. Kami akan mengumumka­nnya apabila tiba masanya,” katanya.

Rangkaian lapangan terbang MAHB termasuk Lapangan Terbang Antarabang­sa Sabiha Gokcen (SGAH), mencatatka­n pertumbuha­n 3.7 peratus kepada 33.4 juta pergerakan penumpang bagi suku pertama tahun ini.

Sektor antarabang­sa mencatatka­n pertumbuha­n 3.4 peratus, dengan 16.1 juta pergerakan penumpang pada suku dikaji, manakala sektor domestik meningkat empat peratus dengan 17.4 juta pergerakan penumpang.

Mengulas mengenai impak levi pelepasan udara yang akan diperkenal­kan kerajaan, Raja Azmi berkata, pelaksanaa­n levi itu dijangka tidak akan menjejaska­n pertumbuha­n trafik penumpang di lapangan terbang yang di kendalikan­nya di negara ini.

Beliau berkata, ia berikutan caj yang dikenakan di lapangan terbang negara ini adalah rendah berbanding lapangan terbang lain di rantau ini.

Katanya, MAHB yakin kutipan levi itu akan menyumbang secara ketara kepada industri perlancong­an dan penerbanga­n di negara ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia