Harian Metro

Bank Islam perkenal kemudahan bayar zakat

-

Kuala Lumpur: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) terus mempelbaga­ikan perkhidmat­annya dengan memperkena­lkan kemudahan tambahan baharu iaitu pembayaran zakat akaun simpanan dan pelaburan kepada pelanggan Bank Islam.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mohd Muazzam Mohamed berkata, pihaknya percaya perkhidmat­an baharu ini akan memudahkan lagi empat juta pendeposit Bank Islam yang ingin melaksanak­an zakat simpanan dan pelaburann­ya.

Katanya, perkhidmat­an ini juga untuk membantu pelanggan membayar zakat kepada Agensi Mengurus Zakat (AMZ).

“Dengan ciri baharu ini juga pelanggan boleh memilih untuk mewakilkan Bank Islam bagi menguruska­n pembayaran zakat ke atas akaun simpanan dan pelaburan mereka.

“Perkhidmat­an ini adalah percuma dan tiada sebarang caj dikenakan. Cara pengiraan pula kami kumpulkan jumlah baki simpanan dan pelaburan yang berakhir 31 Oktober sebelum zakat dikira mengikut nisab yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas pelancaran perkhidmat­an zakat simpanan dan pelaburan Bank Islam di sini, semalam.

Menurutnya, setakat ini Bank Islam mempunyai nilai aset RM49 bilion bagi segmen korporat, individu dan agensi.

Sementara itu, Mohd Muazzam turut mengulas mengenai Bank Negara Malaysia (BNM) yang dikatakan akan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

“Jika OPR diturunkan, kami melihat lebih banyak peluang perniagaan dalam segmen perbankan konsumer dan ia sangat baik serta memacu pertumbuha­n pelaburan.

“Oleh itu, tujuan biasa polisi monetari yang dilakukan BNM adalah untuk mengembang­kan lagi ekonomi.

“Sebagai bank yang banyak terbabit dengan perbankan konsumer, apabila terdapat lebih perbelanja­an dan pelaburan, sudah pasti lebih banyak peluang perniagaan yang akan muncul,” katanya.

Beliau berkata, buat masa ini segmen konsumer mewakili 60 peratus daripada jumlah aset Bank Islam.

BNM pada Mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) 7 Mei ini dijangka akan menurunkan 25 mata asas OPR.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia