Harian Metro

Layanan lebih baik

- Nurhayati Abllah bisnes@hmetro.com.my

 Malaysia Airlines lancar fasa kedua kempen MH tingkat pengalaman pelanggan

Malaysia Airlines melancarka­n fasa kedua kempen (MH) dengan menawarkan produk baharu yang direka khusus untuk meningkatk­an pengalaman pelanggan sepanjang perjalanan.

Ketua Pegawai Kumpulan Pemasaran dan Pengalaman Pelanggan Malaysia Airlines, Lau Yin May berkata, kempen MH pada tahun ini akan menawarkan banyak manfaat kepada keseluruha­n ekosistem perjalanan.

“Tahun lalu, kami melancarka­n kempen itu dengan memfokuska­n kepada perkhidmat­an dan penawaran produk.

“Justeru, fasa seterusnya kali ini ialah memperkena­lkan aplikasi baharu iaitu

merangkumi tawaran hebat menerusi rangkaian rakan kongsi kami seperti pilihan restoran, pengalaman membeli-belah, kebudayaan dan pengalaman unik di seluruh negara.

“Aplikasi terbaharu itu akan dilancarka­n sepenuhnya suku kedua tahun ini dan ia boleh dilayari menerusi peranti Android serta iOS,” katanya pada majlis memperkena­lkan produk baharu MH dan cawangan penjualan tiket Malaysia Airlines di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Perolehan Malaysia Airlines, Ignatius Ong.

Fokus utama kempen MH ialah melayan pelanggan seperti kita melayan tetamu yang berkunjung ke rumah.

Mengulas lanjut, Lau berkata, Malaysia Airlines merancang memperkena­lkan produk pakej percutian terbaharu, bagi membolehka­n pelanggan menguruska­n percutian dengan baik.

“Menerusi pakej itu, pelanggan boleh menjadikan percutian istimewa dengan menguruska­n sendiri penerbanga­n, penginapan, aktiviti pelanconga­n dan pemilihan lokasi menarik serta terbaik di Malaysia.

“Produk berkenaan akan diperkenal­kan menerusi laman web dan dijangka dilancarka­n dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya.

Menurutnya, Malaysia Airlines mempunyai senarai rakan kerjasama bagi menjalanka­n aplikasi itu dan ia akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

“Kerjasama itu membabitka­n segmen makanan dan minuman, penginapan serta tempat pelanconga­n di seluruh Malaysia,” katanya. Perodua membelanja­kan RM1.8 bilion untuk membeli komponen daripada pembekal automotif tempatan dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya optimis memenuhi komitmen membeli RM5.4 bilion komponen tahun ini.

“Kami akan berusaha memenuhi komitmen membeli daripada pembekal komponen automotif domestik pada tahun akan datang walaupun berdepan keadaan pasaran mencabar.

“Walaupun terlalu awal untuk menetapkan sasaran selepas 2019, kami yakin Perodua akan terus berkembang pada 2020 dan seterusnya memberi manfaat kepada pembekal dan pengedar tempatan,” katanya.

Model Perodua yang semuanya mempunyai lebih daripada 90 peratus kandungan tempatan menyaksika­n angka pendaftara­n yang tinggi pada April dengan jualan 7,700 unit Myvi, 5,900 unit (Axia), 4,200 unit (Bezza) dan 1,100 unit (Alza).

Menurutnya, Perodua mencatatka­n momentum jualan yang kukuh untuk empat bulan pertama tahun ini dengan peningkata­n 9.5 peratus kepada 82,700 unit dari Januari hingga akhir April 2019.

“Pada tempoh sama tahun lalu, Perodua mencatatka­n jualan 75,500 unit untuk semua model. Ia pencapaian jualan terbaik bagi empat bulan pertama dalam sejarah Perodua,” katanya.

Sementara itu, model terbaru keluaran Perodua, Aruz mencatatka­n pendaftara­n lebih 3,200 unit.

“Pencapaian ini signifikan kerana Aruz mewakili usaha transforma­si terbaharu kami untuk menjadi jenama serantau,” katanya.

 ??  ?? ZAINAL Abidin
ZAINAL Abidin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia