Harian Metro

Unifi Mobile tawar Pas Kuota Berganda

-

Cyberjaya: Pelanggan pelan pascabayar unifi Mobile kini boleh menikmati kuota berganda bagi data Evolusi Jangka Panjang (LTE), panggilan dan SMS apabila membeli pas tambah nilai Kuota Berganda.

Tawaran masa terhad itu terbuka kepada pelanggan pelan Pascabayar unifi Mobile 59 dan unifi Mobile 39 yang baharu dan sedia ada.

Pas Kuota Berganda itu boleh dibeli pada harga RM8 menerusi aplikasi dan portal unifi Mobile self-care.

Pelanggan pelan unifi Mobile 99 pula dapat menikmati kuota berganda pas LTE hotspot sehingga 20GB percuma untuk dua bulan.

Promosi kuota berganda ini boleh didapati mulai semalam hingga 30 Jun ini.

Naib Presiden Telekom Malaysia Bhd (TM) Selangor, Datuk Zuraidah Mohd Said berkata, pelanggan hari ini menikmati kandungan menerusi peranti mudah alih mereka sama ada untuk berhibur mahupun tugasan kerja.

“Sempena bulan perayaan akan datang, kami memberikan lebih data kepada pelanggan supaya mereka boleh merakam dan berkongsi memori terindah atau menggunaka­n data tambahan ini untuk terus berhubung dengan yang tersayang,” katanya pada majlis pengumuman #khabarbaik TM di sini, semalam.

Zuraidah berkata, ia mencermink­an usaha berterusan TM untuk membawakan pengalaman dipertingk­atkan kepada pelanggan, sekali gus memastikan mereka menikmati Internet mudah alih pantas yang lancar biarpun tidak berada di rumah.

Awal bulan ini, unifi melancarka­n pelan terbaharun­ya unifi 300Mbps yang didatangka­n dengan set Kotak Media, Pek Ultimate unifi TV dan baucar filem Video Atas Permintaan (VOD) percuma setiap bulan untuk pelanggan kediaman yang baharu dan sedia ada.

Pelan unifi 300Mbps itu menawarkan pakej lengkap termasuk Pek Ultimate unifi TV dalam kualiti Definisi Tinggi (HD), 100 filem Blokbuster percuma menerusi set Kotak Media dan aplikasi PlayTV (sehingga dua peranti), semuanya dibawakan menerusi unifi berkepanta­san 300Mbps.

Pelan itu juga didatangka­n dengan 600 minit masa berbual percuma.

 ??  ?? ZURAIDAH
ZURAIDAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia