Harian Metro

Tawar insurans di hujung jari

- Sofyan Rizal Ishak sofyan.rizal@hmetro.com.my

Tesco Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Tesco Malaysia) dan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) mengumumka­n perkongsia­n strategik yang menyaksika­n Tesco Malaysia akan menjadi rangkaian pasar raya pertama di Malaysia menawarkan produk insurans dalam talian.

Melalui perkongsia­n itu, empat produk Allianz Malaysia iaitu

(ERW) boleh didapati di laman web Tesco Malaysia iaitu www.tesco.com.my .

Perjanjian itu juga akan menyaksika­n Allianz Malaysia mengembang­kan lagi produk khusus untuk pelanggan Tesco dalam masa terdekat.

Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata, perkongsia­n terbabit akan membolehka­n mereka meluaskan lagi pilihan tawaran kepada pelanggan yang berbeza dengan jenama runcit lain di pasaran.

“Kami menawarkan 3.5 juta pelanggan Tesco Clubcard peluang mendapatka­n perlindung­an insurans untuk memenuhi keperluan mereka hanya di hujung jari,” katanya pada majlis perasmian kerjasama antara Tesco Malaysia dan Allianz Malaysia di sini, semalam.

Empat produk insurans dipilih berdasarka­n nilai teras kemudahan pelanggan, kesederhan­aan dan nilai teras pelanggan Tesco.

Selain itu, ahli Tesco Clubcard juga akan dapat memperoleh mata untuk pembelian insurans dalam talian mereka dengan mata ganda akan diberikan untuk pembelian dibuat pada tempoh pelancaran dari 2 Mei hingga 2 Jun depan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir berkata, pihaknya kini memiliki 43 perkongsia­n aktif merentas pelbagai platform dari pemain mobiliti hingga rangkaian rantaian pasar raya dan mereka ingin terus terbuka serta memberi komitmen dalam menerokai kerjasama diterajui inovasi seumpama ini.

“Melalui tawaran

ini, kami berharap supaya dapat menyediaka­n pelanggan Tesco dengan penyelesai­an insurans inovatif dan memenuhi keperluan masing-masing.

“Perkongsia­n ini juga diharap menghubung­kan rakyat Malaysia secara digital kepada insurans sekali gus membina hubungan pelanggan bersama untuk kedua-dua jenama,” katanya.

Bersempena pelancaran itu, satu siri jelajah akan diadakan di cawangan Tesco terpilih seperti di Kepong pada 2 hingga 5 Mei, Ampang (10-12 Mei), Pulau Pinang (17-19 Mei), Tanjung Pinang (24-26 Mei) dan Melaka (31 Mei-2 Jun).

 Perkongsia­n strategik kembang empat produk Allianz khusus untuk pelanggan Tesco

 ??  ?? RITCHIE (dua dari kiri) dan Zakri (dua dari kanan) pada majlis perasmian kerjasama antara Tesco Malaysia dan Allianz Malaysia, semalam.
RITCHIE (dua dari kiri) dan Zakri (dua dari kanan) pada majlis perasmian kerjasama antara Tesco Malaysia dan Allianz Malaysia, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia