Harian Metro

SAUDI TAWAR RM41.4 BILION

- Agensi

 Putera Mahkota Arab Saudi minta Mahmoud Abbas terima penyelesai­an damai dicadangka­n AS

Arab Saudi dilapor menawarkan AS$10 bilion (RM41.4 bilion) kepada Presiden Pihak Berkuasa Palestin (PA), Mahmoud Abbas supaya menerima penyelesai­an damai dicadangka­n Amerika Syarikat yang digelar ‘penyelesai­an abad ini.’

Menurut laporan akhbar Lubnan, Al-Akhbar kelmarin, tawaran itu dibuat ketika pertemuan Abbas dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed Bin Salman, baru-baru ini.

Menurut Middle East Monitor (MEE), akhbar itu mendakwa, berdasarka­n maklumat diterimany­a, Mohammed memberi taklimat kepada Abbas mengenai penyelesai­an itu dan memintanya menerima tawaran itu.

Mohammed dikatakan bertanya kepada Abbas: “Berapa anggaran perbelanja­an tahunan kumpulan pembantu anda?

Abbas menjawab: “Saya bukan

putera raja untuk memiliki kumpulan pembantu.”

Mohammed Salman kemudian menawarkan AS$10 bilion dalam tempoh 10 tahun jika Abbas menerima tawaran pelan damai Amerika dan kerajaan Palestin berpangkal­an di Abu Dis, bukannya Baitulmaqd­is yang dijajah Israel.

Abu Dis adalah perkampung­an Palestin ditadbir agensi PA, Pejabat Gabenor Baitulmaqd­is yang bersempada­n dengan Baitulmaqd­is.

Abbas bagaimanap­un dilaporkan menolak tawaran itu dengan berkata, kehidupan politiknya akan berakhir jika beliau menerimany­a.

MEE melaporkan, pegawai PA di Ramallah enggan mengulas mengenai pendedahan itu.

Abbas dikatakan memberitah­u Mohammed bahawa keadaan tidak memungkink­an beliau menerima bayaran pampasan di luar undang-undang selain daripada penyelesai­an dua negara serta Baitulmaqd­is sebagai ibu negara Palestin.

Pada 23 April lalu, penasihat kanan Presiden Amerika, Jared Kushner berkata, pelan damai Amerika akan diketahui selepas Ramadan. Bangkok: Kisah 12 budak lelaki dan seorang jurulatih yang terperangk­ap di dalam gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai, utara Thailand selama 17 hari akan difilemkan dan disiarkan di Netflix.

Netflix yang akan menerbitka­n filem kisah 12 remaja yang terperangk­ap selama 17 hari dalam gua di selatan Thailand pada Jun 2018, membayar tiga juta baht (RM387,544) kepada setiap seorang remaja terbabit.

Daily Mail melaporkan, Netflix yang juga menyumbang kepada agensi terbabit dalam usaha menyelamat­kan remaja berkenaan, mengumumka­n persetujua­n itu Selasa lalu, selepas beberapa bulan berunding dengan Kementeria­n Thailand.

Netflix bekerjasam­a dengan syarikat penerbit filem Crazy Rich Asians untuk menghasilk­an filem berkenaan namun tidak menyatakan tarikh projek itu akan dimulakan.

Kementeria­n Kebudayaan Thailand yang mengumumka­n persetujua­n dengan Netflix itu buat pertama kali pada Mac lalu, menyatakan filem itu berkonsep siri.

Jurucakap kerajaan Thailand, Weerachon Sukoondhap­atipakat kemudian dipetik sebagai berkata, setiap ahli keluarga mangsa akan menerima tiga juta baht (RM387,544).

Penolong jurulatih bola

Kebudayaan

 ??  ?? AHLI pasukan bola sepak Wild Boards bersama jurulatih, Ekapol Chantawong. - EPA
AHLI pasukan bola sepak Wild Boards bersama jurulatih, Ekapol Chantawong. - EPA
 ??  ?? MOHAMMED
MOHAMMED
 ??  ?? ABBAS
ABBAS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia