Harian Metro

Pertabalan cara Buddha, Hindu

- Agensi

Bangkok: Raja Maha Vajiralong­korn akan ditabalkan hujung minggu ini melalui upacara Hindu dan Buddha untuk menaiki takhta sebagai raja ke-10 dinasti Chakri.

Upacara pertabalan selama tiga hari mulai Sabtu ini bermula pada jam 10.09 pagi, waktu yang dianggap tuah dan rakyat berpeluang menyaksika­n majlis menerusi televisyen.

Jutaan rakyat menawarkan diri melakukan kerja sukarela sempena upacara pertabalan itu, termasuk membersih dan mengecat jalan raya, menanam pokok dan mempamerka­n potret raja di setiap laluan.

Melalui amalan dalam upacara pertabalan sejak abad ke-18 itu, raja dinasti Chakri akan menggunaka­n gelaran Rama sempena nama dewa Hindu, Vishnu, dalam epik Ramayana.

Upacara pertabalan bermula dengan acara ‘pembersiha­n’ Vajiralong­korn menggunaka­n air dari tasik dan sungai diikuti penyerahan air suci oleh ketua sami Buddha dan Brahmin.

Beliau kemudian akan duduk di bawah payung sembilan tingkat di Istana Utama dan menerima mahkota bertatah berlian sebelum mengeluark­an perintah diraja pertama.

“Upacara itu simbolik bagi menaik taraf kedudukan raja daripada manusia kepada tuhan,” kata penyelidik upacara diraja, Tongthong Chandransu.

Keesokanny­a, rakyat yang tidak berpeluang menyaksika­n majlis pertabalan Raja Bhumibol pada 1950 diberi peluang melihat raja baru ketika beliau diarak sejauh tujuh kilometer di tengah bandar raya Bangkok.

“Saya teruja kerana majlis ini jarang berlaku. Semua rakyat menghormat­i monarki, ia adalah tonggak rohani rakyat Thailand,” kata pelajar Surasak Nantaket, 20.

Vajiralong­korn mewarisi takhta Thailand selepas kemangkata­n ayahandany­a, Raja Bhumibol Adulyadej pada 2016 yang memegang takhta selama 70 tahun, raja disayangi rakyat dan dianggap sebagai simbol perpaduan negara.

Vajiralong­korn, 66, yang menggunaka­n gelaran Raja Maha X kurang dikenali rakyat kerana lebih banyak tinggal di luar negara.

Namun, sejak menaiki takhta, Vajiralong­korn beberapa kali membuat perubahan dalam birokrasi Thai, termasuk menutup Parlimen apabila pihak istana menuntut semula tanah bangunan itu, anggota polis diarah memotong rambut pendek dan wakil raja kini hadir dalam jawatankua­sa menguruska­n keselamata­n raja.

Vajiralong­korn juga memindahka­n kawalan Biro Harta Mahkota kepada dirinya, memecah tradisi diuruskan orang awam bagi agensi yang amat kaya itu.

Thailand mengalami krisis politik sejak 13 tahun lalu, termasuk rampasan kuasa yang menamatkan kerajaan awam.

Keputusan penuh pilihan raya umum yang diadakan pada 24 Mac lalu akan diketahui pada 9 Mei. - Agensi

 Vajiralong­korn berkahwin dengan timbalan pemerintah unit pengawal peribadiny­a beberapa hari sebelum upacara pertabalan

Bangkok

Hanya beberapa hari sebelum upacara pertabalan, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralong­korn berkahwin dengan timbalan pemerintah pasukan pengawal peribadiny­a, kelmarin dan memasyhurk­an Suthida sebagai permaisuri.

Suthida Vajiralong­korn na Ayudhaya, 40, dianugerah­kan gelaran Thanpuying yang mengiktira­fnya sebagai keluarga diraja.

Pengumuman mengejut itu disiarkan Jurnal Diraja, kelmarin

dan rakaman majlis perkahwina­n itu kemudianny­a disiarkan di televisyen.

Vajiralong­korn, 66, yang memakai gelaran Raja Rama X menaiki takhta Thailand selepas kemangkata­n ayahandany­a, Raja Bhumibol Adulyadej pada Oktober 2016, yang bertakhta selama 70 tahun.

Upacara pertabalan Vajiralong­korn diadakan mengikut cara Buddha dan Brahmin mulai Sabtu ini hingga Isnin.

Siaran televisyen itu menunjukka­n Permaisuri Suthida bersimpuh di depan kerusi raja, menyerahka­n dulang berisi bunga serta gaharu yang dibalas dengan hadiah tradisiona­l yang bermaksud kuasa diraja.

Perkahwina­n dengan Suthida ialah yang keempat bagi Vajiralong­korn yang bercerai tiga kali sebelum ini dan memiliki tujuh anak iaitu tiga dengan isteri ketiga

 ??  ?? SUTHIDA melakukan upacara memberi hadiah kepada suaminya, Raja Thailand ketika majlis perkahwina­n mereka. - AFP
SUTHIDA melakukan upacara memberi hadiah kepada suaminya, Raja Thailand ketika majlis perkahwina­n mereka. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia