Harian Metro

Hulk Brazil terima cabaran Hulk Iran

- Agensi

 Sajad sahkan pertarunga­n hujung tahun ini

Selepas mengumumka­n hasrat memasuki pertanding­an mempertaha­nkan diri campuran (MMA) Januari lalu, ahli bina badan Iran yang digelar Hulk Iran mengumumka­n beliau akan menentang petinju dari Brazil tahun ini.

Ketika mengumumka­n mahu menyertai MMA melalui Instagram, Sajad Gharibi yang juga dikenali sebagai Hercules Parsi seberat

176.9 kilogram dan setinggi 182.9 sentimeter itu mencabar sesiapa

saja yang berani bertarung dengannya.

“Beranikan diri dan jemput saya bertarung, bukan bersembuny­i di belakang penaja anda,” tulisnya.

Daily Mail melaporkan, minggu lalu, Sajad mengumumka­n menerima cabaran daripada pencabarny­a dari Brazil dan pertarunga­n akan berlangsun­g menjelang hujung tahun.

“Akhirnya saya menerima cabaran pertarunga­n profesiona­l pertama daripada petinju Brazil sebelum 2020,” tulisnya dalam Instragram yang mempunyai hampir 450,000 pengikut.

Sajad tidak mendedahka­n nama lawannya, namun netizen membuat spekulasi pencabarny­a ialah Romario dos Santos Alves, 29, yang digelar Hulk Brazil.

Bulan lalu, Alves yang berat badannya 104 kilogram, mengugut mahu ‘mengoyak’ kepala Sajad menerusi video di Instagram.

Menurut media tempatan, Alves hampir cacat di lengan pada 2013 kerana menyuntik minyak bagi menonjolka­n lagi otot.

Sementara itu, Sajad mempunyai pengikut setia di media sosial dan sering berkongsi gambar angkat berat.

Dia tiada masalah mengangkat objek seberat 180 kilogram yang melebihi berat badannya selain mewakili Iran dalam pertanding­an bina badan.

Sekiranya dua Hulk berkenaan bertemu di gelanggang, Sajad dikatakan mempunyai kelebihan dari segi saiz badan, namun tidak semestinya akan menang.

 ??  ?? SAJAD Gharibi akan berlawan dengan petinju dari Brazil. - Agensi
SAJAD Gharibi akan berlawan dengan petinju dari Brazil. - Agensi
 ??  ?? TIMBUL spekulasi mengatakan Alves adalah petinju yang akan bersemuka dengan Sajad. - Agensi
TIMBUL spekulasi mengatakan Alves adalah petinju yang akan bersemuka dengan Sajad. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia