Harian Metro

Bayar RM24.83j untuk anak masuk universiti elit

-

Washington: Sebuah keluarga dari China membayar AS$6 juta (RM24.83 juta) kepada satu sindiket bagi membolehka­n anak perempuan mereka memasuki universiti terkemuka Amerika Syarikat, Universiti Standford.

Jumlah dibayar pasangan suami isteri dari Beijing itu dikatakan yang terbesar pernah dibayar kepada pemilik agensi Edge College & Career Network, William ‘Rick’ Singer untuk memastikan anak-anak mereka dapat memasuki universiti elit di Amerika.

Menurut South China Morning Post yang memetik Wall Street Journal dan Los Angeles Time, sindiket itu terbongkar pada Mac lalu selepas pendakwa raya persekutua­n melengkapk­an siasatan selama setahun menerusi Operasi Varsiti Blues.

Singer menggunaka­n beberapa taktik bagi memastikan anak-anak pelanggann­ya diterima masuk, antaranya menyediaka­n laporan pelajar berkenaan adalah atlet berpotensi.

Hakikatnya, sebahagian besar pelajar terbabit tidak pernah menyertai sukan yang diyatakan itu.

Los Angeles Times yang memetik sumber melaporkan, keluarga berasal dari Beijing itu diperkenal­kan kepada Singer oleh seorang penasihat kewangan dengan Morgan Stanley.

Menurut sumber, pelajar perempuan terbabit menyambung pengajiann­ya di Universiti Standford pada 2017 selepas Singer meletakkan pelajar itu dikenali sebagai Yusi ‘Molly’ Zhao adalah pelayar hebat meskipun tiada pengetahua­n dalam sukan itu.

Isnin lalu, Wall Street Journal melaporkan, satu lagi keluarga Cina membayar AS$1.2 juta (RM5 juta) kepada Singer bagi meluluskan permohonan seorang remaja perempuan memasuki Universiti Yale.

Kedua-dua keluarga itu belum dikenakan sebarang tindakan oleh pihak berkuasa.

Sementara itu, pendakwa raya di Boston, Massachuse­tts sudah mendenda 33 ibu bapa pelajar yang memasuki universiti berprestij kerana salah laku.

Jurucakap Morgan Stanley berkata, seorang penasihat syarikat itu, Michael Wu ditamatkan perkhidmat­annya kerana tidak bekerjasam­a dalam siasatan berkaitan kemasukan ke kolej.

Bekas jurulatih pelayaran Stanford, John Vandemoer mengaku bersalah, termasuk bekerjasam­a dengan Singer. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia