Harian Metro

E1 terima teguran S Atan

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Impian jadi nyata apabila diberi peluang dendang lagu raya ciptaan komposer itu

Sembilan tahun meniti kerjaya sebagai pereka fesyen, Ezuwan Ismail mengambil langkah berani dengan menceburi dunia seni nyanyian bersama dua lagi anak muda membentuk kumpulan trio E1.

E1 yang turut dianggotai Zulyasrani dan Ariff Imran pertama kali tampil dengan lagu Semalam Sahaja. Walaupun menerima maklum balas negatif, namun ia tidak mematahkan semangat mereka untuk meneruskan rentak sebagai penyanyi.

Tambahan pula, masih ada segelintir yang menyokong dan menyukai lagu pertama mereka. Sokongan itu juga menjadi pembakar semangat untuk terus mengorak langkah mewarnai industri muzik tanah air.

Sempena pelancaran koleksi raya lalu, Ezuwan turut menggunaka­n peluang itu bagi melancarka­n single kedua berjudul Rindu Lebaran bersempena dengan sambutan Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Lagu yang mendapat sentuhan komposer Hashim Said atau lebih dikenali sebagai S Atan dan lirik oleh Siso Kopratasa itu mempunyai

‘jiwa’ tersendiri dan mampu menyentuh perasaan pendengar.

“Sejak dulu lagi, saya memang mengimpika­n untuk menyanyika­n lagu raya ciptaan S Atan. Lagu raya yang dia hasilkan untuk Allahyarha­m Sudirman, Black Dog Bone dan Datuk Jamal Abdillah adalah antara lagu malar segar hingga sekarang.

“Saya sama sekali tidak menyangka impian ini akhirnya menjadi kenyataan. Saya berharap lagu ini turut menjadi karya yang tidak lapuk ditelan zaman dan akan terus berkumanda­ng setiap kali Ramadan dan Aidilfitri tiba,” katanya.

Bercerita mengenai proses rakaman, kata Ezuwan, walaupun mengambil masa kurang dua jam namun dalam tempoh itu, dia sempat dimarahi dan menerima teguran daripada S Atan.

“Abang S Atan memang tegas ketika bekerja. Malahan, ketika pertemuan pertama pun dia sudah maklumkan awal akan tegas demi kebaikan kami. Saya tidak ambil hati pun kerana itu adalah proses belajar, sekali gus memperbaik­i kelemahan diri.

“Sebagai penyanyi baharu, peluang mendendang­kan lagu hasil ciptaan komposer lama dan berpengala­man seperti S Atan adalah penghormat­an yang akan kami kenang sampai bila-bila,” katanya.

Tidak dinafikan, ramai penyanyi baharu cuba mempertaru­hkan lagu raya namun ada yang kurang menjadi dan ada juga yang umum langsung tidak tahu mengenai kewujudan lagu raya nyanyian penyanyi tertentu.

Bagaimanap­un, E1 tetap mengambil langkah berani dengan tampil dengan Rindu Lebaran sebagai single kedua mereka.

Kata Ezuwan, dia mengakui menyanyika­n lagu raya punya tanggungja­wab berat kerana ada terselit nilai sentimenta­l.

“Memang bukan mudah untuk menyanyika­n lagu raya. Namun, apabila S

Atan tawarkan lagu ini kepada E1, kami anggap ia adalah kepercayaa­n yan diberikan. Maka, kami teruskan untuk sesi rakaman.

“Ya, memang ramai yang kritik dan katakan E1 tidak berbakat tetapi kami tidak ambil hati. Bukan semua orang dapat terima bentuk muzik dan alunan suara kami bertiga,” katanya.

 ??  ?? KUMPULAN trio E1 (dari kiri) Zulyasrani,
Ezuwan dan Ariff.
KUMPULAN trio E1 (dari kiri) Zulyasrani, Ezuwan dan Ariff.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia