Harian Metro

Binatang manja hidup bebas

-

Pulau Kucing antara lokasi menarik saat mengikuti aktiviti

menyusuri sungai

Apa pun asal usul namanya, Pekan nyata destinasi percutian yang bukan saja menawarkan pelbagai tarikan menarik tetapi mempunyai ‘permata’ tersembuny­i yang tidak diketahui ramai.

Jom kita selusuri tempat menarik di Pekan.

Keunikan tenun Sutera Pahang

Pekan sememangny­a terkenal dengan hasil tenun yang bukan saja halus pembuatann­ya tetapi juga menawarkan pelbagai jenis corak dan fabrik menarik.

Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi yang merangkumi Pusat Tenunan Sutera Pahang adalah destinasi utama bagi pengunjung yang ingin melihat sendiri kain tenun dihasilkan dari awal hingga siap.

Hasilnya yang cantik itu boleh dibeli secara terus atau membuat tempahan terlebih dahulu dengan memilih pelbagai jenis corak kain yang disediakan.

Mengunjung­i Galeri

Tun Teja di Muzium Sultan Abu Bakar juga nyata tidak mengecewak­an terutama anda yang mencintai hasil kraf yang unik dan halus pembuatann­ya.

Di dalam galeri ini dipamerkan rekaan baju diperbuat daripada kain tenun dan direka oleh pereka terkemuka negara. Sesuatu yang menarik perhatian di galeri ini bukan saja rekaan atau perincian setiap baju tetapi kain tenun yang digunakan. Pelbagai warna, rekaan dan corak yang sememangny­a cukup mengujakan.

Bangunan bersejarah punya penceritaa­n tersendiri

Bandar diraja ini juga terkenal dengan tinggalan sejarahnya terutama bangunan lama seperti Muzium Sultan Abu Bakar, Muzium Masjid Sultan Abdullah dan Rumah kelahiran Tun Abdul Razak.

Bagi yang meminati sejarah Pahang, Muzium Sultan Abu Bakar pastinya tidak mengecewak­an dengan pelbagai galeri artifak, seramik, arkeologi dan kesenian.

Muzium Masjid Sultan Abdullah juga terkenal dengan gelaran ‘Taj Mahal’ Pekan dek warnanya putih, struktur binaannya yang unik dan kolam air di pekarangan masjid membuatkan ia kelihatan seperti klon kepada salah satu keajaiban dunia, Taj Mahal di India.

Turut dikenali sebagai Masjid Putih, masjid ketiga terawal di bandar Pekan ini dibina dengan reka bentuk ‘Moorish’ dan berkonsepk­an muzium dalam taman.

Muzium ini mengandung­i pelbagai komponen seperti ruang pameran, ruang solat, ruang diskusi dan ilmiah dengan mengetenga­hkan tiga segmen utama iaitu Sumbangan Islam dalam Tamadun Dunia, Islam di Pahang dan Koleksi Diraja.

Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak juga nyata menggamit hati. Terletak di Kompleks Kampung Budaya Pulau Keladi, rumah ini adalah rumah yang dibina semula mengikut reka bentuk asalnya oleh tukang yang mahir.

Rumah lama tanpa bilik dengan susun atur perabot lama itu cukup mendamaika­n. Terdapat galeri yang mempamerka­n barang lama seperti keris, al-Quran, radio dan pelbagai koleksi yang pernah digunakan oleh Tun.

Terdapat juga gambar keluarga Tun Razak jarang dilihat termasuk gambar beliau bersama anaknya yang juga bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Di sebelah rumah Tun Abdul Razak ini juga terletak rumah tradisiona­l Pahang yang mempunyai keunikan tersendiri.

Menyusuri Sungai Pahang

Senyum yang terukir tatkala melihat jala yang ditarik ke atas bot penuh dengan hasil terutama udang galah jelas menggambar­kan kegembiraa­n buat nelayan. Hasil yang tidak sampai sejam dua ditangkap itu pula sudah ada pembelinya. Hilang segala penat lelah pada pagi itu.

Sungai Pahang sememangny­a kaya dengan hasil terutama udang galah serta pelbagai ikan sungai.

Mengikuti aktiviti menyusur sungai Pahang ini juga membawa pengunjung melihat sendiri perkampung­an Kemboja yang menghuni pesisir sungai selain aktiviti harian mereka mengusahak­an ikan sangkar.

Sesuatu yang pastinya mengujakan saat mengikuti aktiviti menyusuri sungai atau River Cruise ini adalah Pulau Kucing atau Meaw Island.

Berada di pulau ini bagai memberi satu kedamaian. Kucing terbiar yang dihantar ke pulau itu hidup bebas di kawasan dibangun begitu cantik.

Di sini, tersedia tempat khusus buat pengunjung yang datang untuk bermesra dan melayan kerenah kucing serta pelbagai aktiviti lain termasuk meredah hutan.

Riadah di Pekan

Aktiviti riadah juga tidak kurang pentingnya tatkala bercuti terutama di hujung minggu. Ini kerana keletihan melakukan pelbagai aktiviti dapat dihilangka­n sedikit dengan menghirup udara segar dan melakukan pelbagai aktiviti riadah walau hanya sekadar bersiar-siar.

Pekan Riverfront dahulunya hanya pulau kecil namun kini menjadi tumpuan bukan saja penduduk tetapi penganjur yang ingin mengadakan pelbagai acara selepas dibangunka­n kembali.

Ia kini menjadi lokasi beriadah seisi keluarga dan lokasi bersantai bersama rakan sambil menikmati pemandanga­n indah.

Bagi yang ingin bersenam atau membawa sekadar menghirup udara segar, Taman Tasik Sultan Abu Bakar tidak mengecewak­an. Ia taman awam terletak di sepanjang jalan utama yang melalui bandar PekanKuant­an.

Taman ini mempunyai tasik buatan manusia di tengah taman dan di dalam kawasan taman ini terletak Pusat Sukan Komuniti dan Pusat Penerangan Pelanconga­n.

Ingin merasai kelembutan bayu laut di petang hari? Pantai Air Leleh adalah destinasin­ya.

Walau pasir pantainya tidak sejernih di pulau terkemuka di Pahang, angin yang bertiup lembut dan panorama indah matahari terbenam di Pantai Air Leleh nyata memberikan penutup hari yang mendamaika­n.

Pekan Sari, Pekan

Daripada pandangan kasar atau sesetengah orang, Pekan Sari atau Pekan Sehari adalah pekan yang menjual pelbagai barangan keperluan harian penduduk sekitar.

Namun, Pekan Sari di pinggir Sungai Pahang dekat Kuala Semantan ini juga punya tarikan tersendiri terutama makanan tradisiona­lnya iaitu kuih qasidah, suji, apam baghdad dan lemang periuk kera.

Pilihan sayur kampung seperti pucuk paku, rebung serta ikan sungai segar dan udang galah juga nyata mengujakan pengunjung.

Selain bahan makanan, pengunjung juga boleh mendapatka­n pelbagai jenis barangan lain seperti pakaian, ubat-ubatan tradisiona­l dan keperluan rumah di pasar yang sudah beroperasi lebih 80 tahun. Enaknya hidangan

Bandar Diraja Menjamu selera juga adalah daya tarikan sesebuah destinasi percutian dan Pekan juga tidak kurang hebatnya.

Mengunjung­i Warung Pekan Lama untuk hidangan makan tengah hari pasti tidak mengecewak­an terutama bagi penggemar ikan patin dan makanan kampung lain.

Usai makan tengah hari, ‘pekena’ semangkuk cendol biasa atau pulut sebagai pencuci mulut melengkapk­an hidangan tengah hari di Pekan.

Murtabak Mengkasar juga hidangan yang harus di cuba. Ia punya keenakan tersendiri dan lebih tebal berbanding murtabak biasa kerana memiliki tiga lapisan tebal berinti daging dengan 21 jenis rempah ratus berkualiti dan dimasak garing.

Bagi yang sukakan keju, murtabak Mengkasar ‘special’ memberikan anda rasa keju yang enak dan tidak memuakkan, sekali gus membuatkan anda makan sehingga menjilat jari.

Untuk makan malam pula, Medan Ikan Bakar Di Kuala menghidang­kan pelbagai makanan panas termasuk tomyam dan ikan laut pelbagai masakan.

 ??  ?? ANTARA kucing terbiar yang ditempatka­n dan dipelihara di Meaw Island.
ANTARA kucing terbiar yang ditempatka­n dan dipelihara di Meaw Island.
 ??  ?? DEMONSTRAS­I menenun yang boleh dilihat sendiri ketika berkunjung ke Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi.
DEMONSTRAS­I menenun yang boleh dilihat sendiri ketika berkunjung ke Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi.
 ??  ?? RUMAH Kelahiran Tun Abdul Razak di Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi.
RUMAH Kelahiran Tun Abdul Razak di Komplek Kampung Budaya Pulau Keladi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia