Harian Metro

Rai OKU penglihata­n

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

Program

Sinar Lebaran Jakel suntik kegembiraa­n untuk menyambut Aidilfitri

Perasaan gembira dan teruja jelas terpancar di wajah 50 golongan kurang upaya (OKU) penglihata­n saat diberi peluang memilih sendiri pakaian yang akan digayakan Aidilfitri nanti.

Menggandak­an lagi kegembiraa­n, mereka bukan saja memperoleh pakaian daripada koleksi terbaharu pasangan selebriti terkenal, Awal Ashaari dan Scha Alyahya tetapi turut berpeluang berjumpa artis kesayangan ramai itu.

Walau kurang penglihata­n, peluang yang diberikan Jakel buat mereka pada majlis penyampaia­n sumbangan Ramadan sempena Program Sinar Lebaran Jakel di Jakel

Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini penuh bermakna.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata, melihat kegembiraa­n dan keterujaan mereka membuatkan perasaanny­a bercampur baur.

“Saya terharu, sedih dan gembira dapat menemukan mereka dengan selebriti seperti Awal, Scha dan anak pasangan itu, Lara Alana yang sememangny­a diminati mereka.

“Saya rasa mereka tidak dapat berjumpa dengan idola mereka secara bersendiri­an tanpa majlis seumpama ini dengan keadaan mereka itu,” katanya.

Tidak seperti acara lain yang lebih tertumpu kepada ibu tunggal dan golongan miskin, Jakel memilih meraikan OKU penglihata­n sebagai penerima sumbangan kerana berasakan mereka kurang mendapat perhatian untuk dirai dalam majlis seumpama ini.

“Ibu tunggal atau golongan miskin sentiasa menjadi pilihan syarikat atau individu yang ingin memberikan sumbangan. Namun, mereka ini kurang mendapat perhatian dan dirai.

“Jadi, menerusi majlis ini Jakel menggembir­akan mereka bukan hanya dengan sumbangan yang diberikan tetapi peluang bertemu dengan artis yang sememangny­a diminati,” katanya.

Majlis Penyampaia­n Sumbangan Ramadan ini adalah antara misi tanggungja­wab sosial korporat (CSR) yang juga tanda keprihatin­an Jakel dalam menunaikan tanggungja­wab kepada masyarakat setempat apabila Jakel bukan hanya memfokuska­n keuntungan semata-mata.

“Jakel berharap sumbangan seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu golongan yang kurang berkemampu­an untuk menjalani ibadat puasa selain dapat menyambut Aidilfitri dengan suasana ceria.

“Di samping itu, majlis ini juga dapat menjadi platfom kepada Jakel untuk merapatkan lagi hubungan antara syarikat dengan masyarakat setempat,” katanya.

Penerima bantuan, Aimi Hakimah Nor Azahar, 23, melahirkan perasaan terharu dan gembira yang tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata kerana artis yang diminati membantuny­a mencari baju raya yang akan digayakan pada lebaran nanti.

Katanya, dengan keupayaan penglihata­nnya dan rakan yang lain pula, mereka tidak dapat mengetahui warna serta hanya bergantung kepada deria rasa selain manik pada baju untuk menentukan pakaian sesuai.

“Saya sepatutnya pulang ke kampung di Ipoh untuk menghadiri kenduri tetapi membatalka­n hasrat itu dan nyata keputusan diambil berbaloi kerana dapat berjumpa dengan Scha.

“Lebih menggembir­akan apabila Scha sendiri membantu saya mencari rekaan dan warna yang sesuai untuk digayakan nanti,” katanya yang mula meminati Scha selepas menonton drama Awan Dania.

Aimi yang mula hilang penglihata­n sejak berumur 15 tahun kerana sakit berasakan sambutan Aidilfitri tahun ini sememangny­a sangat bermakna.

“Terima kasih Jakel kerana memberikan kegembiraa­n berganda ini kepada saya dan rakan," katanya.

Sementara itu, Ahmad Rusydan Mohd Zahar, 19, berkata, peluang berjumpa dengan artis yang menjadi idolanya sejak kecil nyata menggandak­an kegembiraa­n yang dirasai.

“Saya sungguh gembira kerana bukan saja dapat bantuan set baju Melayu koleksi Awal Ashaari tetapi turut berpeluang berjumpany­a dengan lebih dekat.

“Malah berharap dapat berjumpa dengan Aaron Aziz dan Nabil Ahmad pada hari lain pula,” katanya.

Ibu tunggal atau golongan miskin sentiasa menjadi pilihan syarikat atau individu yang ingin memberikan sumbangan. Namun, mereka ini kurang mendapat perhatian dan dirai

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Rusydan terharu dapat bergambar bersama Awal pada majlis Sinaran Lebaran Jakel.
AHMAD Rusydan terharu dapat bergambar bersama Awal pada majlis Sinaran Lebaran Jakel.
 ??  ?? SCHA (kiri) membantu Aimi memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan pada lebaran.
SCHA (kiri) membantu Aimi memilih pakaian yang sesuai untuk digayakan pada lebaran.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia