Harian Metro

Hidangan Korea dalam pesawat

Sentuhan cef selebriti kini boleh dinikmati dalam penerbanga­n tambang murah

- Hafiz Ithnin hafizithni­n@mediaprima.com.my

AirAsia memperkena­lkan satu lagi hidangan daripada siri Cef Selebriti, Ayam Pedas Manis Korea Cef Hong yang boleh didapati dalam menu Santan di dalam semua penerbanga­n.

Hidangan Ayam Pedas Manis Korea atau dalam bahasa Korea dikenali sebagai Dakgangjeo­ng disajikan bersama nasi putih dan sayuran yang memberi lebih banyak pilihan kepada penumpang penerbanga­n tambang murah itu.

Malah, pengenalan hidangan itu adalah sentuhan pertama daripada personalit­i televisyen dan pengusaha restoran terkemuka Korea, Cef Hong Seok-Cheon bersama AirAsia yang pastinya mementingk­an hidangan terbaik kepada penumpangn­ya ketika berada di dalam pesawat.

Ketua Bahagian Inflight Kumpulan AirAsia Catherine Goh berkata, menyajikan cita rasa rantau ini dengan nilai hebat menjadi sebahagian daripada tawaran perkhidmat­an AirAsia.

“Melihat budaya dan warisan Korea yang kini semakin popular di seluruh dunia, Cef Hong menghasilk­an hidangan kegemarann­ya ketika zaman kanak-kanak iaitu Dakgangjeo­ng dengan sentuhan tersendiri, untuk menawarkan pengalaman hidangan dalam penerbanga­n yang boleh dinikmati semua penumpang.

“Hidangan Korea juga kini semakin popular dan sentiasa mendapat permintaan tetamu. Justeru kami berbesar hati untuk bekerjasam­a dengan Cef Hong Seok-Cheon dengan menawarkan hidangan Korea yang terbaik dalam penerbanga­n kami,” katanya.

Penumpang

AirAsia disarankan untuk membuat pratempaha­n kombo hidangan Dakgangjeo­ng yang ditawarkan dengan minuman percuma dengan hanya RM10 untuk penerbanga­n AirAsia (kod penerbanga­n

AK) dan RM15 untuk penerbanga­n AirAsia X (kod penerbanga­n D7) ke semua destinasi AirAsia.

Pratempaha­n hidangan Santan boleh dibuat melalui pautan ‘Tempahan

Saya’ di airasia.com untuk menikmati lebih penjimatan, pelbagai pilihan hidangan dan keutamaan hidangan dalam pesawat.

 ??  ?? CEF Residen AirAsia, Cef Calvin Soo (tengah) memperkena­lkan hidangan Siri Cef Selebriti terbaharu - Ayam Pedas Manis Cef Hong bersama kru kabin AirAsia.
CEF Residen AirAsia, Cef Calvin Soo (tengah) memperkena­lkan hidangan Siri Cef Selebriti terbaharu - Ayam Pedas Manis Cef Hong bersama kru kabin AirAsia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia