Harian Metro

Promosi Malaysia untuk pelancong New Zealand

-

Malaysia terus mempromosi­kan agenda Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM 2020) dengan menjadikan New Zealand antara negara sasaran pemasaran untuk menarik kehadiran 30 juta pelancong asing ke Malaysia pada tahun depan.

Dalam satu misi dagangan pelanconga­n di Auckland baru-baru ini, Tourism Malaysia diketuai Ketua Pengarah Datuk

Musa Yusof bersama 10 organisasi terbabit dalam industri pelanconga­n negara menyampaik­an maklumat kepada pemain industri di negara itu mengenai Malaysia sebagai destinasi penting pelanconga­n antarabang­sa.

Musa berkata, organisasi itu membabitka­n lembaga pelanconga­n negeri, agensi pelanconga­n, ejen pelanconga­n, syarikat penerbanga­n, hotel dan resort serta pemilik produk.

“Malaysia mempunyai ikatan persahabat­an yang lama dengan New Zealand dari segi lokasi yang aman untuk dilawati, pendidikan, pertukaran budaya dan juga destinasi percutian yang menarik kepada rakyat negaranya.

“New Zealand juga sama seperti Malaysia, mempunyai kepelbagai­an etnik serta mampu hidup dalam harmoni dan aman. Kami berharap persamaan ini dapat mengeratka­n hubungan pelanconga­n antara dua negara,” katanya.

Ujarnya, Malaysia mempunyai tarikan dari segi budaya, makanan dan alam semula jadi yang mampu memberi kekuatan untuk menarik kehadiran pelancong asing dari negara itu.

“Malaysia menawarkan pelbagai segmen percutian menarik dan boleh diterokai pelancong. Kuala Lumpur antara destinasi membeli-belah terbaik dunia, kekayaan hutan

tropika di Borneo dan menikmati kejernihan air laut di kawasan pulau,” katanya.

Apatah lagi Malaysia juga menjadi destinasi yang memberi nilai tambah kepada pelancong negara itu dari segi perbelanja­an. Sekali gus memberi peluang kepada rakyat New Zealand untuk melancong lebih lama di negara ini.

New Zealand menjadi destinasi pemasaran pelanconga­n penting untuk Malaysia memandangk­an tahun lalu, ia menyumbang sejumlah 50,698 pelancong daripada 25.8 juta keseluruha­n pelancong asing ke negara ini.

Malaysia juga menyasarka­n untuk menarik kehadiran 60,000 pelancong dari New

Zealand ke negara ini yang bakal menyumbang kepada sasaran 25.8 juta pelancong tahun depan sempena TMM 2020.

Ketika ini, terdapat tujuh penerbanga­n seminggu menawarkan 2,009 tempat duduk dari kedua-dua negara.

 ??  ?? MALAYSIA menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk pelanconga­n asing.
MALAYSIA menawarkan pelbagai destinasi percutian menarik untuk pelanconga­n asing.
 ??  ?? KEUNIKAN alam semula jadi mampu menarik perhatian pelancong New Zealand ke Malaysia.
KEUNIKAN alam semula jadi mampu menarik perhatian pelancong New Zealand ke Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia