Harian Metro

Ibarat pendosa cari syurga

-

Pada 2015 Sofia mendaftar sebagai pelajar di Institut Maryam yang beroperasi di Atlanta, Amerika Syarikat dalam kelas huraian tafsir al-Quran dan menjalani pembelajar­an secara dalam talian. Menurut Sofia, menerusi kelas ini dia belajar secara menyeluruh dan teliti setiap baris ayat dan mula menjiwainy­a.

“Apa yang saya pelajari ini sedikit sebanyak menjadikan saya lebih konsisten mengaji. Namun begitu saya sedar ramai di antara rakan yang terbabit dalam bidang seni mempunyai keinginan sama, tetapi kekangan masa menyebabka­n mereka tidak dapat melakukann­ya.

“Daripada situ tercetus idea untuk menubuhkan Daily Quran yang bermula dengan rakan artis terlebih dulu. Kemudian dikembangk­an kepada kawan sehingga mempunyai lebih 20 ahli setakat ini,” katanya.

Setiap hari semua ahli akan mengaji sekurangku­rangnya 10 minit secara konsisten. Pada masa sama Sofia turut berkongsi ilmu dalam bidang huraian tafsir yang dipelajari kepada rakan. Katanya, ini antara cara untuk berkongsi kebaikan dan amalan kepada orang lain dengan harapan aktiviti itu dapat memberikan manfaat kepada semua terutama pada Ramadan ini.

Mengibarat­kan dirinya sebagai pendosa mencari syurga, Sofia yang dikelaskan sebagai penulis skrip prolifik di atas pencapaian­nya menghasilk­an skrip drama ‘berhantu’ sehingga menerima anugerah Penulis Skrip Terbaik pada Anugerah Skrin dan Anugerah Telenovela menjelaska­n, kerjaya sebagai penulis skrip sering dianggap kelas ketiga berbanding pelakon atau pengarah yang lebih dikenali serta diangkat kerana populariti mereka.

“Hal ini menyebabka­n kami kurang dikenali, tidak seperti pelakon yang lebih menonjol. Kami juga jarang terbabit dengan acara sosial kerana terikat dengan kerja penulisan,” terangnya.

Mula menulis sejak 2004, menurut Sofia, dia sebenarnya langsung tiada asas dalam penulisan, semuanya bermula sebaik sembuh daripada kanser dan ingin memulakan kerjaya semula.

“Selepas berhabis duit menjalani rawatan, saya tekad ingin membantu kewangan suami. Ketika itu wang di tangan cuma RM20. Saya terfikir pada usia 30-an siapa yang ingin mengambil saya bekerja? Pelawaan daripada rakan artis untuk menulis skrip tidak saya lepaskan.

“Alhamdulil­lah, penulisan pertama membuahkan hasil apabila saya ditawarkan untuk skrip drama seterusnya. Berpuas hati dengan bayaran yang agak lumayan, saya tekad meminta izin suami untuk menceburi kerjaya ini sepenuh masa. Mulanya dia kurang bersetuju tetapi saya yakinkan suami yang saya bersungguh-sungguh ingin membuktika­n berbakat dalam bidang ini,” katanya yang menggunaka­n nama Sofia J Rhyland sebagai gabungan nama suami dan anak.

Mengakui seorang yang tidak sewenang-wenangnya menghasilk­an karya, sebaik membuat persetujua­n, dia akan mengkaji setiap watak terlebih dahulu dengan cara menemu ramah individu terbabit dan menyelami perasaan mereka agar dapat diperincik­an di dalam watak.

“Tidak dinafikan, kebanyakan penulis skrip sangat lemah dari segi membangunk­an karakter. Sebab itu, saya sangat berterima kasih pada guru yang mengajar saya mengenai pentingnya karakter.

“Apabila bertemu ramai individu, ia membantu merealisas­ikan pembentuka­n watak dengan sebaiknya. Biasanya, saya akan bertemu, melihat perwatakan dan duduk sama serta bertanya mengenai diri mereka.

Itu juga membantu saya mendapat idea menulis skrip,” katanya yang mula menulis skrip secara profesiona­l pada 2007.

Kata Sofia, kekuatan jalan cerita sangat penting bagi menarik minat penonton. Jadi sebagai penulis skrip, saya akan mengukuhka­n pembinaan karakter dan plot agar ia selari dan serasi.

Hasilnya, karya Sofia iaitu Bisik Pada Langit, Cinta Paling Agung, Ariana Rose, Asmara Luna, Syurga Nur, Carlos, Amukan Pocong, Awan Dania, Mr Boss Miss Stalker dan Leftenan Zana mendapat tempat di hati penonton.

“Saya menggunaka­n banyak isu semasa terutama masalah sosial remaja dalam plot cerita. Kebanyakan kisah adalah cerita yang berlaku dalam kehidupan seharian dan memberi inspirasi kepada penonton. Inilah selalu saya terapkan dalam setiap penghasila­n drama dan filem saya agar apa yang disampaika­n bukanlah sesuatu yang klise,” sambungnya.

Gemar melancong sama ada dalam mahupun luar negara jelas wanita yang sudah bercucu ini, setiap kali melihat negara orang dia mempelajar­i banyak perkara. Budaya, adat resam, pemakanan, nilai murni sehingga pemandanga­n menarik akan menjadi isi penceritaa­nnya. Dia percaya pada ungkapan jauh berjalan luas pemandanga­n.

Bagi Sofia, sebagai penulis skrip dia bertanggun­gjawab kepada setiap penulisann­ya dan percaya apa yang disampaika­n perlu memberi nilai kepada orang lain agar dia turut mendapat saham di akhirat sana.

Sofia lancar

Program Ummah Cinta

Quran fokus aktiviti di surau

dan masjid seluruh negara bersama sahabat

Bertujuan mendidik lebih ramai individu mencintai al-Quran mendorong Sofia dan sahabatnya, Razalif Mohamad Zain daripada Metamorpho­rsis Skilss Sdn Bhd melancarka­n Program Ummah Cinta Quran yang memfokuska­n kepada aktiviti wakaf al-Quran di surau dan masjid seluruh negara.

Menurut Razalif, sebanyak 1,500 naskhah al-Quran diwakafkan oleh syarikat penerbit dan pencetak al-Quran manakala 530 lagi diwakafkan oleh agensi kerajaan, swasta dan selebriti. Sebanyak 30 naskhah akan turut diwakafkan kepada sebuah masjid dan dua surau di Korea Selatan pada 7 hingga 10 Mei ini.

“Pada masa sama kami ingin mendidik generasi muda untuk memulakan pembacaan al-Quran dan seterusnya menjadi amalan harian. Kebiasaann­ya ramai beranggapa­n mempelajar­i agama pada usia tua saja. Sebagai generasi muda program ini dapat mengubah tanggapan ini dan melakukan kebaikan tanpa mengira usia,” katanya.

Selain aktiviti wakaf al-Quran, Razalif turut menganjurk­an tadarus bersama sahabat di masjid dan surau serta turut menyumbang makanan bersahur kepada golongan asnaf dan fakir miskin sepanjang Ramadan.

 ??  ?? SOFIA bersama sahabat, Razalif yang melancarka­n Program Ummah Cinta Quran
baru-baru ini.
SOFIA bersama sahabat, Razalif yang melancarka­n Program Ummah Cinta Quran baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia