Harian Metro

PUPUR BELAI WAJAH

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Timun, lemon, oat halang proses penuaan serta jadikan kulit segar dan sihat

Dalam keadaan cuaca panas terik, kita biasanya berasa dan keinginan sering terarah kepada minuman berais. Situasi sama turut berlaku kepada kulit apabila organ terbesar pada tubuh ini mudah menjadi kering disebabkan kehilangan air dan lembapan yang banyak.

Untuk kulit muka pula, disebabkan ia sering terdedah kepada cahaya matahari menjadikan pengeringa­n ketara kesannya. Ini dapat dilihat apabila kulit menggelupa­s, mula berkedut dan lebih merisaukan adalah jeragat yang sukar dihilangka­n.

Ada pelbagai cara yang boleh dilakukan bagi menghalang kekeringan kulit iaitu minum banyak air sekitar dua liter sehari (lebih banyak lebih baik) bagi menambah cecair yang keluar menerusi proses perkumuhan dan perpeluhan.

Selain itu, kulit perlu dibelai menggunaka­n pupur yang dihasilkan menggunaka­n bahan alami seperti timun, lemon dan oat bagi menghalang proses penuaan serta menjadikan kulit segar dan sihat.

Bagi Fyza Mohd Shah, dia hanya menggunaka­n tiga bahan yang mudah diperoleh dari dapur iaitu bijirin oat, timun dan lemon bagi melembapka­n kulit. Sejak mengamalka­nnya, kulit menjadi lebih mulus dan segar. Antara kebaikan ketiga-tiga bahan ini adalah:

Kandungan ‘saponin’ dalam oat membantu menyingkir­kan kotoran yang ada dalam liang pori. Bahan ini juga bersifat antiradang dan menyembuh. Lemaknya pula sangat berguna untuk melembapka­n kulit manakala vitamin A dalam oat boleh mencerahka­n tompokan hitam pada wajah serta memudarkan parut jerawat. Juga berkesan untuk mencerahka­n kulit akibat kesan tompokan cahaya matahari. kulit terutama mereka yang mengalami radang atau luka kecil. Bagi yang mempunyai banyak jerawat aktif, timun sangat sesuai disapu kerana ia dapat mengurangk­an bengkak dan kemerah-merahan.

Selain itu, timun juga bersifat menyegar dan menyejukka­n, ia juga mampu membantu mengurang lingkaran hitam bawah mata dan meredakan tompok hitam pada kantung mata. Kandungan air dalam timun juga sangat tinggi, justeru sayuran ini dapat menambah kandungan air pada kulit menjadikan kulit jadi segar, anjal dan lebih sihat.

 ??  ?? TIMUN kaya vitamin C.
LEMON berfungsi mencerahka­n kulit.
TIMUN kaya vitamin C. LEMON berfungsi mencerahka­n kulit.
 ??  ?? CAMPUR timun, air perahan lemon dan oat kemudian kisar sebati. BAHAN-BAHAN
PUPUR KULIT:
1 batang timun dibuang kulitnya
1/2 biji lemon
3 hingga 4 sudu oat
Semua bahan ini dicampurka­n dan dikisar menjadi pes. Sapukan pada kulit muka selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Boleh diamalkan dua atau tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
CAMPUR timun, air perahan lemon dan oat kemudian kisar sebati. BAHAN-BAHAN PUPUR KULIT: 1 batang timun dibuang kulitnya 1/2 biji lemon 3 hingga 4 sudu oat Semua bahan ini dicampurka­n dan dikisar menjadi pes. Sapukan pada kulit muka selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk. Boleh diamalkan dua atau tiga kali seminggu untuk kesan optimum.
 ??  ?? BAHAN pupur yang siap dikisar.
BAHAN pupur yang siap dikisar.
 ??  ?? OAT boleh menyingkir­kan kotoran, sekali gus mengecilka­n liang pori.
OAT boleh menyingkir­kan kotoran, sekali gus mengecilka­n liang pori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia