Harian Metro

PENGHALANG

-

“Tetapi sekarang saya sudah membuktika­n golongan OKU mampu mencipta kejayaan sehingga ke peringkat dunia dalam sukan tenis. Saya juga ada rumah dan kereta sendiri malah tidak pernah mengharapk­an bantuan orang lain untuk bergerak. Jadi mengapa saya perlu mengalah dengan katakata masyarakat,” katanya tegas.

Bagi Norisah, kecacatan bukan halangan untuk mendapat apa yang diinginkan. Walaupun dia dan suami berkerusi roda, mereka tetap memandu kereta dan keluar membeli-belah sama seperti pasangan lain.

“Dulu ketika Adam masih kecil, setiap kali ke pusat beli-belah kami bertiga sering jadi tumpuan. Ini kerana saya dan suami berkerusi roda manakala Adam di dalam kereta sorong berbeza.

“Namun itu semua tidak menjadi masalah kerana saya dan suami sering menganggap kami adalah insan normal sama seperti orang lain. Sekurang-kurangnya apa yang dilihat masyarakat mampu menjadi motivasi kepada yang lain untuk berusaha membuktika­n kemampuan diri,” katanya.

SAMBUNG PENGAJIAN PERINGKAT IJAZAH

Melihat kegigihann­ya memang mengagumka­n.

Pada usia 44 tahun, Norisah masih bersemanga­t menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Kejurutera­an Perisian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Walaupun dihambat kesibukan bekerja sebagai Penolong Pegawai Teknologi Maklumat di Kementeria­n Pelanconga­n & Kebudayaan Malaysia dan perlu menguruska­n keluarga, Norisah tidak pernah merungut sebaliknya bersemanga­t memberikan yang terbaik dalam apa juga lapangan diceburiny­a.

“Saya menyambung pengajian kerana ingin mendapatka­n kembali apa yang pernah saya tertinggal suatu ketika dulu. Dulu ketika zaman remaja saya malu melihat keadaan saya dan tiada keyakinan diri.

“Namun saya terfikir sampai bila harus begini. Sebab itu saya keluar daripada perasaan ini dan berusaha mendapat pendidikan kerana dengan ilmu sahaja akan membuatkan kita lebih dihormati,” katanya.

Berasal dari Muar, Johor, dia yang dilahirkan sebagai kanak-kanak normal secara tiba-tiba mengalami kesukaran berjalan, kerap jatuh dan hilang kestabilan badan ketika berusia 15 tahun.

Selepas pemeriksaa­n doktor memberitah­u ia disebabkan masalah pembentuka­n tulang belakang yang tidak sempurna sehingga mengakibat­kan gangguan pada fungsi urat saraf. Lamakelama­an kaki Norisah menjadi lemah dan akhirnya tidak mampu digerakkan.

“Saya begitu tertekan dan sering menyalahka­n Tuhan kerana memilih saya untuk melaluinya. Namun tangisan dan kesedihan langsung tidak memberi apa-apa kesan. Akhirnya saya terfikir sampai bila harus begini. Saya harus mencari kekuatan dan semangat untuk melawan rasa rendah diri,” katanya.

Akhirnya dia mengambil keputusan mendekatka­n diri kepada Allah dan kembali beribadat. Sesudah solat, dia membaca surah Yasin dan menunaikan solat Tahajud pada setiap malam kerana itu saja cara berinterak­si dengan Allah.

Selepas setahun menganggur, tanpa pengetahua­n keluarga, Norisah memohon mengikuti kursus di Pusat Pemulihan Orang Cacat Cheras (PPC) dengan memilih kursus membaiki komputer dan mekanik radio, televisyen dan video.

Selepas menamatkan pelajaran, keluarga memujuk supaya Norisah membuka kedai elektronik di kampung. Tetapi wanita ini berkeras memilih tinggal di Kuala Lumpur dan bekerja di Rumah Insaniah Dr Siti Hasmah, Petaling Jaya dengan gaji RM150 sebulan.

Lapan tahun bekerja di rumah kebajikan, Norisah memohon jawatan di sebuah syarikat telekomuni­kasi. Ditawarkan gaji memuaskan, dia mengumpul duit bagi memenuhi cita-cita melanjutka­n pelajaran ke peringkat diploma serta memiliki rumah sendiri di Petaling Jaya.

“Dengan pendapatan yang memuaskan, saya mengumpul duit untuk memenuhi citacita melanjutka­n pelajaran peringkat diploma. Saya diterima sebagai pelajar program multimedia di kolej swasta selama dua setengah tahun,” katanya yang berjaya menggengga­m diploma dalam bidang berkaitan.

Walaupun sudah memperoleh diploma, hasrat Norisah untuk belajar ke peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana tidak pernah padam sehinggala­h dia berjaya melanjutka­n pelajaran dalam jurusan teknologi maklumat peringkat ijazah sarjana di UTM.

Dalam bidang sukan pula Norisah yang menceburi sukan tenis kerana ingin mengisi masa terluang akhirnya menjadi serius apabila mewakili Malaysia ke peringkat antarabang­sa. Kejayaan paling membanggak­an apabila terpilih ke Kejohanan Fespic di Bangkok dan berjaya mendapat pingat gangsa.

Selepas itu semakin banyak kejohanan disertainy­a termasuk Terbuka Belgium, Kejohanan Dunia Tenis Berkerusi Roda Berkumpula­n di Paris, Terbuka Switzerlan­d, Terbuka Jessolo Itali dan

Sukan Fesfic di Korea.

“Paling membanggak­an apabila mendapat dua gangsa ketika Paragames Asia 2007 dan dua gangsa dalam Sukan Paragames di Kuala Lumpur, 2009,” katanya.

Kata Norisah, semua ini dilakukan bagi membuktika­n OKU juga boleh berjaya seperti orang lain. Pada masa sama dia ingin menyuntik semangat kepada OKU lain supaya yakin pada diri sendiri dan cuba melakukan yang terbaik dalam hidup.

“Saya sedar tidak semua OKU berupaya membebaska­n diri mereka dalam belenggu rasa lemah dan kurang yakin. Masih ada yang mengurungk­an diri di rumah kerana tidak berani hidup berdikari. Sebenarnya OKU juga boleh berjaya asalkan tidak putus semangat, pasti Allah akan berikan jalan.

Apa yang penting adalah keinginan untuk berubah,” katanya.

 ??  ?? NORISAH bersama suami Abu Samah dan anak mereka Adam Danial.
NORISAH bersama suami Abu Samah dan anak mereka Adam Danial.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia