Harian Metro

Beralun lembut tampil selesa

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Minat dalam bidang jahitan mendorong wanita ini menghasilk­an rekaan tudung dan baju untuk kegunaan sendiri. Apabila tudung digayakan mendapat perhatian keluarga dan rakan, lama-kelamaan Faizah Mohamed, 35, cuba mengembang­kan bakat dan minat dengan penghasila­n tudung untuk dijual.

“Tudung pertama yang saya hasilkan adalah berkonsepk­an tudung sarung dua muka, Dual

Sauk sebanyak 30 helai. Alhamdulil­lah ia mendapat permintaan tinggi sehingga pengeluara­nnya bertambah kepada 500 helai untuk satu rekaan.

“Oleh kerana sambutan tudung segera di luar dugaan, kami membuat penambahba­ikan dari segi material dan potongan supaya ia sesuai mengikut peredaran zaman,” katanya.

Menurut Faizah lagi, selepas rekaan pertama dia yakin menghasilk­an rekaan seterusnya, namun mengikut maklum balas pelanggan.

“Berdasarka­n kajian, wanita meminati tudung yang mudah dan praktikal. Material pula jenis yang tidak perlu digosok seperti moss crepe, bubble dan sifon. Bagi pelanggan yang mementingk­an kualiti dan gaya, koleksi premium turut dipasarkan menggunaka­n fabrik sifon crepe untuk lebih beralun cantik,” jelasnya.

Jelas Faizah, tujuannya adalah ingin menggalakk­an semua wanita menutup aurat dengan sempurna. Sebab itu semua rekaan patuh syariah, labuh di bahagian depan dan belakang.

“Kami juga sangat mementingk­an fabrik yang sejuk dan beralun lembut agar si pemakai tampil selesa dan menjadi pelanggan setia,” katanya.

Sejak mula dilancarka­n, Omra Hijab kini mempunyai sembilan rekaan termasuk Dual Sauk, Naura, Ayraa, Majeeda, Fateemah, Sophea,

Untuk rekaan terbaru, Faizah cuba mencipta kelainan dengan menghasilk­an tudung bawal berbentuk tiga segi serta fabrik yang tidak perlu digosok.

“Untuk potongan pula kami masih berasaskan rekaan tudung bawal, tetapi dengan rekaan lebih praktikal. Kami menerima banyak maklum balas mengatakan tudung bawal mempunyai pengikut yang ramai, namun ia perlu kerap digosok.

Jadi penghasila­n tudung bawal yang tidak perlu digosok, mesra percutian dan sederhana menjadi idaman semua. Daripada segi warna, rona pastel atau warna bumi mendapat permintaan tinggi berbanding rona terang.

Memulakan perniagaan pada 2015, selepas tiga tahun berhenti kerja untuk memberikan tumpuan kepada anak-anak dan suami, Faizah tidak menyangka bermula sekadar minat kini dia mampu menjana pendapatan sendiri.

Setiap rekaan hadir dalam dua ukuran iaitu L dan XL berharga RM39 sehingga RM79. Didatangka­n dalam potongan polos dan bercorak mengikut cita rasa pelanggan.

 ??  ?? TUDUNG polos labuh di bahagian depan dan belakang.
TUDUNG polos labuh di bahagian depan dan belakang.
 ??  ?? RONA merah pulasan memikat.
RONA merah pulasan memikat.
 ??  ?? BOLEH digayakan dengan blaus dan seluar.
BOLEH digayakan dengan blaus dan seluar.
 ??  ?? TUDUNG sarung bercorak senang digayakan.
TUDUNG sarung bercorak senang digayakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia