Harian Metro

ARENA MAHU ULANGI KEJAYAAN

- AFP

 Lydia kembali ke lapangan yang pernah ditaklukin­ya dalam jelajah PGA

Bekas pemain nombor satu dunia, Lydia Ko dari New Zealand kembali ke lapangan golf minggu ini dengan harapan mampu mengembali­kan semula aksi yang pernah menjulangn­ya ke persada sukan berkenaan.

Pemain berusia 22 tahun dan dilahirkan di Seoul itu akan mempertaha­nkan gelaran LPGA di Kejohanan Mediheal yang dilangsung­kan di Lake Merced di Daly City, California.

Lydia muncul juara edisi Mediheal tahun lalu selepas mengetepik­an pemain Australia, Minjee Lee di play off tetapi dia juga pernah memenangi kejohanan LPGA Classic Swinging Skirts 2014 dan 2015 di lapangan sama.

“Ini adalah lapangan di mana saya menjulang kejayaan pertama sebagai anggota jelajah. Saya juga mencacah tatoo yang turut mengabadik­an tarikh saya menang di sini,” kata Lydia. “Ia akan sentiasa berada dalam fikiran saya. Saya gembira dapat kembali di sini.

“Saya masih lagi ingat wajah-wajah yang biasa ada di sini. Saya merasakan seolah-olah kami berasal daripada keluarga yang sama.”

Kejayaan yang dilakar Lydia pada 2014 di lapangan itu adalah permulaan kepada dua lagi gelaran miliknya termasuk di Kejohanan Jelajah

(gambar)

dan muncul pemain termuda LPGA yang bergelar juara pada usia 17 tahun.

Pada 2015, dia sekali lagi menang di Lake Merced kejayaan kedua daripada lima kejuaraan jelajah musim itu - termasuk Terbuka Wanita Kanada dan Kejohanan Evian.

“Saya seronok dapat kembali di lapangan yang pernah saya takluki,” kata Lydia. “Ia memberikan saya semangat tambahan.”

Dia pasti memerlukan faktor itu apatah lagi edisi kali ini akan disertai 144 pemain termasuk pemain nombor dua dunia, Minjee dan pemain nombor empat dunia, Ariya

Jutanugarn.

Lydia muncul juara tahun lalu selepas membenam eagle di lubang 15 pada pusingan play off pertamanya.

“Saya tahu bahawa saya perlu melakukan pukulan yang sempurna jika mahu menang,” katanya.

Lydia yang kini menduduki ranking ke-17, akan memulakan aksi di dalam kumpulan yang turut menampilka­n

Jessica Korda serta Feng Shanshan.

 ??  ?? MINJEE pesaing terdekat
ARIYA
MINJEE pesaing terdekat ARIYA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia