Harian Metro

Final belum dalam genggaman Barca

-

Barcelona: Selepas Barcelona mempamer kecemerlan­gan menerusi kemenangan 3-0 ke atas Liverpool di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, jurulatih Ernesto Valverde berkata, tempat mereka di final masih jauh daripada jangkauan.

Jaringan Luis Suarez serta dua ledakan Lionel Messi memberikan kelab Catalan itu kelebihan di depan 98,000 penyokong di Nou Camp, awal pagi semalam.

Valverde menjadikan penyingkir­an mereka di tangan AS Roma musim lalu sebagai pengajaran kerana walaupun menang selesa 4-1 pada aksi pertama, mereka tetap tewas dan ingatan itulah yang akan dibawa ke Anfield minggu depan.

“Kami tidak akan ke tempat lawan dengan perasan lain kecuali

Barcelona: Jurgen Klopp mengaku anak buahnya tidak mampu menahan Lionel Messi daripada mencipta keajaiban dan percaya mereka memerlukan perkara luar daripada kebiasaan untuk layak ke final Liga Juara-Juara musim ini.

Luis Suarez menjaringk­an gol pembukaan ketika menentang bekas kelabnya itu sebelum Messi menghasilk­an dua lagi gol.

Lebih menarik, gol kedua Messi dihasilkan menerusi sepakan percuma hebat dan pengalaman yang mengajar kami bahawa menang aksi pertama tidak menjanjika­n tempat untuk anda di peringkat seterusnya,” kata Valverde yang tersingkir selepas tewas 0-3 di Roma musim lalu.

“Anda sendiri dapat lihat bagaimana Liverpool mengendali­kan permainan serta corak mereka. Oleh itu, kami tidak boleh terlalu yakin. Saingan masih terbuka dan kami belum lagi layak.”

Liverpool menjaringk­an tujuh gol sepanjang dua aksi terakhir di tempat lawan iaitu ketika menentang Bayern Munich serta Porto. Walaupun ia juga jaringan ke-600 pemain itu sepanjang mewakili Barcelona.

Akibatnya, Liverpool kini berdepan tugas sukar untuk memadam kelebihan yang dimiliki kelab gergasi Sepanyol ketinggala­n hasil jaringan Suarez, Liverpool tetap garang dan membuktika­n mereka tidak gentar untuk terus menyerang.

“Kami tidak akan menipu. Ia memang keputusan yang bagus. Anda menang sambil lawan tidak menjaringk­an gol, tetapi kami masih perlu mengharung­i 90 minit lagi. Jika kami boleh menjaringk­an gol, begitu juga mereka,” kata Valverde.

“Di beberapa ketika, mereka lebih baik berbanding kami dan kami tahu apa yang bakal kami hadapi di sana nanti.

“Saya percaya bahawa Liverpool adalah pasukan yang mampu membuatkan mana-mana lawan menderita. Tahun lalu, kami memiliki kelebihan tiga gol dan kami tetap tersingkir. Kami memang beroleh keputusan bagus tetapi saingan belum lagi tamat.”

Pemain tengah Barca, Arturo Vidal turut menjangkak­an Liverpool akan bermati-matian di Anfield nanti.

“Kami tertekan malam ini tetapi kami menanganin­ya dengan baik tetapi masih ada 90 minit aksi untuk ditamatkan. Kami perlu selesaikan perjuangan kami di sana nanti,” kata pemain Chile itu.

“Kami perlu menghormat­i Liverpool kerana mereka pasukan hebat dan kami percaya semua perkara akan lebih sukar berbanding apa yang berlaku malam ini.” - AFP

 ??  ?? SUAREZ ledak jaringan pertama gergasi Sepanyol. VIDAL (kanan) cuba mengekang penyerang Liverpool, Sadio Mane pada aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, semalam.
KLOPP
SUAREZ ledak jaringan pertama gergasi Sepanyol. VIDAL (kanan) cuba mengekang penyerang Liverpool, Sadio Mane pada aksi pertama separuh akhir Liga Juara-Juara, semalam. KLOPP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia