Harian Metro

‘Tempang’ ke Filipina

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@nstp.com.my

Belum bermula namun kontinjen negara sudah “tempang” bertandang ke Sukan SEA Filipina apabila kehilangan 70 dari 145 emas yang diraih semasa temasya berlangsun­g di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Perkembang­an berkenaan disahkan ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin yang menyaksika­n Malaysia kehilangan separuh daripada kutipan emas semasa muncul juara keseluruha­n edisi ke-29.

“Masih terlalu awal untuk kita umumkan sasaran, namun saya lihat semua sukan berpotensi menyumbang

kepada negara. Kita ke sana dengan reputasi sebagai juara keseluruha­n dua tahun lalu namun sudah kehilangan 70 emas berdasarka­n kutipan yang diraih sebelum ini.

“Kita belum melihat secara keseluruha­n untuk membolehka­n sasaran kali ini ditetapkan. Jadi buat masa sekarang kita tidak boleh memberikan angka (sasaran) atau kedudukan keseluruha­n kontinjen negara,” katanya.

Filipina menyenarai­kan 56 jenis sukan pada edisi ke-30 dengan mempertand­ingkan 529 acara secara keseluruha­n dengan beberapa sukan yang menjadi lubuk emas di Malaysia tidak dipertandi­ngkan atau jumlah acara dikurangka­n seperti berbasikal trek, terjun, pencak silat dan kriket.

Tambah Megat Zulkarnain, Malaysia dijangka menyertai 473 acara dari 51 sukan pada temasya edisi ke-30.

Jelasnya, atlet negara kini berada di fasa kedua persiapan, namun beliau gembira dengan pencapaian yang dipamerkan seperti Welson Sim yang konsisten memecahkan rekod kebangsaan dan pencapaian beregu badminton, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mara ke final All England.

Dua tahun lalu, Malaysia merangkul 145 emas, 92 perak dan 86 gangsa untuk muncul juara keseluruha­n, jauh meninggalk­an pencabar terdekat Thailand yang meraih 72 emas, manakala Filipina sekadar kedudukan keenam dengan 24 emas.

 Kontinjen negara berisiko hilang 70 dari 145 emas

 ??  ?? KONTINJEN negara ketika majlis penutup Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu.
KONTINJEN negara ketika majlis penutup Sukan SEA Kuala Lumpur dua tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia