Harian Metro

Jangan ada atlet ‘melancong’

-

Lumpur: Ketua kontinjen negara ke Sukan SEA 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin

menegaskan tiada “pelancong sukan” sama ada dalam kalangan pengurus pasukan atau atlet negara.

“Saya akan minta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar dipanjangk­an kepada persatuan sukan kebangsaan (NSA) supaya menamakan pengurus pasukan bagi setiap sukan dengan segera.

“Ia adalah bagi membolehka­n mereka memahami tugas dan peranan yang diberikan kepada mereka. Kita tidak mahu insiden seperti sebelum ini berlaku apabila pengurus hanya “mengenali” dan mengetahui masalah atlet di lapangan terbang.

“Saya tidak mahu sebut secara terperinci, namun saya tidak mahu insiden sama berulang,” katanya selepas mesyuarat kali pertama sekretaria­t Sukan SEA 2019.

Malaysia dijangka mempunyai pengurus pasukan dalam jumlah yang

(gambar)

ramai apabila bakal menyertai 51 dari 56 jenis sukan pada edisi ke-30 temasya itu.

Selain itu, menurut beliau, kebimbanga­n ditimbulka­n adalah masalah kesesakan selain makanan halal terutamany­a di Subic yang mempertand­ingkan kebanyakan prospek utama negara dengan tinjauan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi mencari jalan penyelesai­an,” tambahnya.

Malah, menurutnya mereka turut memandang serius ancaman gempa bumi di Filipina seperti yang berlaku tempoh hari, dengan pihaknya merancang mewujudkan pasukan dan bekerjasam­a dengan agensi yang berkaitan bagi membolehka­n atlet serta pegawai kontinjen bersedia terhadap sebarang kemungkina­n.

Mesyuarat berkenaan turut bersetuju menubuhkan tiga sekretaria­t di tiga kluster utama di Manila, Clark dan Subic bagi melicinkan semua perkara.

 ?? Megat Zulkarnain Omardin ?? Saya tidak mahu sebut secara terperinci, namun saya tidak mahu insiden sama berulang”
Megat Zulkarnain Omardin Saya tidak mahu sebut secara terperinci, namun saya tidak mahu insiden sama berulang”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia