Harian Metro

Nur Aina ungguli kategori Terbuka Remaja Wanita

- Nor Hairulniza­m Wahid

Kuala Lumpur: Atlet Persatuan Tenpin Boling Amatur Sarawak (ABAS), Nur Aina Kamalia melakar kejutan apabila menjuarai kategori Terbuka Remaja Wanita pada Kejohanan Boling Terbuka Malaysia ke-40 yang berlangsun­g di Sunway Megalanes, semalam.

Nur Aina Kamalia yang mencatat 1,670 jatuhan pin

(gambar)

selepas aksi final membabitka­n lapan game mengetepik­an juara Kejohanan Boling Remaja Asia ke-20 yang berakhir minggu lalu, Gillian Lim yang melakukan 1,649 jatuhan pin.

Tempat ketiga milik atlet Singapura, Fion Liew dengan jumlah 1,555 jatuhan pin. Gillian ketika dihubungi tidak menyangka dapat menempatka­n dirinya di kedudukan kedua terbaik berikutan saingan sengit dihadapiny­a.

“Sehingga akhir perlawanan, saya sendiri tidak menyangka dapat menduduki tiga tempat teratas dan hanya diberitahu sebaik tamat perlawanan itu,” kata Gillian yang juga atlet pelapis kebangsaan.

“Tidak banyak perbezaan saya dengan pemenang, tetapi secara keseluruha­nnya saya berpuas hati dengan pencapaian ini, mungkin nasib tidak menyebelah­i saya kali ini,” katanya.

Biarpun mengakui keletihan selepas beraksi di Kuching sebelum menyambung perjuangan di Kuala Lumpur, Gillian mendedahka­n dia tetap berkeyakin­an untuk menampilka­n aksi terbaiknya.

Namun, nasib tidak menyebelah­i wakil negara dalam kategori Terbuka Remaja Lelaki apabila tiga tempat teratas menjadi milik Ahmed Alawadhi dari Bahrain, Merwin Tan dari Filipina dan Joyan Khoo dari Singapura.

Pencapaian terbaik wakil Malaysia adalah menerusi Izz Naqiuddin Putra yang menduduki tangga keempat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia