Harian Metro

Mahu yang terbaik buat Azeem

- Aida Adilah Mat aida_adilah@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Tiada sekatan buat Muhammad Azeem Mohd Fahmi memilih hala tujunya sendiri termasuk menukar jurulatih.

Jurulatih kepada Azeem, Muhammad Amir Izwan, 50, berkata, andai pemegang tiga rekod Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) itu memilih untuk berpindah atau menukar jurulatih, beliau tiada halangan.

Katanya, beliau tidak akan mempengaru­hi sebarang keputusan yang di buat oleh Azeem.

“Prinsip saya mudah. Apa saja keputusan dengan usia dia dengan 15 tahun itu, saya serah pada dia dan keluarga. Saya tidak akan mempengaru­hi keputusan dia.

“Tapi sebagai seorang guru

(gambar)

dan jurulatih, saya cuma akan memberi pandangan,” katanya.

Malah tegas guru itu, bukan hanya beliau seorang yang membentuk Azeem menjadi seperti hari ini kerana kejayaan Azeem turut dibantu oleh dua orang lagi jurulatih iaitu Mohd Hazuan Zainal Abidin dan Nor Zaid Saidin.

Amir yang mula membimbing Azeem sejak tiga tahun lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat, Ipoh Perak itu berkata, Azeem seorang yang dilahirkan dengan bakat semula jadi namun ia perlu dibimbing dan diasah lebih lagi.

Justeru demi masa depan pelari itu, beliau tiada sebarang halangan andai keputusan yang dipilih itu untuk kebaikan dirinya.

“Prinsip saya mudah. Biarpun dia memilih. Cuma saya pohon biarkan dia dengan kehidupann­ya.

“Beri dia ketenangan sesuai dengan umurnya,” katanya.

Nama Azeem kini menjadi bualan hangat apabila video lariannya menjadi tular di laman sosial selain turut diiktiraf sebagai pelari terpantas bawah 16 tahun dunia dalam acara 200m dengan catatan 21.24s

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia