Harian Metro

Taktikal tuai hasil

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Menyedari bahawa lawannya, Ammar Al Tamimi seorang pemain yang agresif, Ng Eain Yow tidak teragak-agak untuk memberi tekanan sejak dari awal, sekali gus berjaya mencatat kemenangan di pusingan ketiga Kejohanan Individu Asia di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil, semalam.

Eain Yow yang diletakkan sebagai pemain pilihan ketujuh berjaya menumpaska­n wakil Kuwait itu 11-2, 11-6, 11-4 untuk mara ke suku akhir.

“Saya berjaya bermula dengan baik hari ini dengan memberi tekanan kepada

(gambar)

Ammar melalui beberapa pukulan drive. Saya dapat melihat sendiri dia bergelut untuk mencari mata,” katanya selepas perlawanan tamat semalam.

Menurut pemain berusia 21 tahun itu, dia sedaya upaya mahu menghalang Ammar daripada menggunaka­n kelebihann­ya beraksi dengan lebih agresif.

“Sudah pasti kejohanan peringkat Asia ini menampilka­n pemain terbaik di seluruh benua dan saya sangat gembira kerana berjaya menempah tempat ke suku akhir.

Menanti Eain Yow di suku akhir ialah pemain ranking ke-23 dunia dari Hong Kong, Max Lee yang sebelum itu berjaya menumpaska­n pilihan kesembilan dari Pakistan, Tayyab Aslam, 11-5, 12-10, 11-8, 11-1.

Turut mara ke suku akhir pilihan kelapan, Ivan Yuen yang berjaya mengalahka­n wakil Jepun, Endo Tomotaka 10-12, 11-5, 11-9, 11-0.

Bagaimanap­un, seorang lagi wakil negara, Syafiq Kamal terkandas di pusingan ketiga selepas tumpas di tangan pilihan kedua dari Hong Kong, Yip Tsz Fung 8-11, 4-11, 6-11.

Dalam aksi perseorang­an wanita, pemenang pingat perak Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018, S Sivasangar­i berjaya menundukka­n rakan senegara, Aifa Azman, 6-11, 11-5, 11-7, 11-7.

Pilihan keempat, Low Wee Wern pula menumpaska­n wakil India, Sunayna Kuruvilla 11-7, 11-7, 11-7.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia