Harian Metro

Siapa lebih hebat?

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

“Ini tempat kita. Walau apapun terjadi, kita kena menang.” Demikian kata-kata semangat penyerang utama skuad hoki negara, Faizal Saari kepada rakan sepasukan menjelang pertemuan separuh akhir bertemu Austria, hari ini.

Jelas penyerang berusia 28 tahun itu, tidak kira apa juga yang berlaku, Malaysian Tigers perlu memastikan dapat melangkah ke pentas final, sekali gus memenuhi sasaran Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC).

“Kami hanya tinggal selangkah untuk beraksi di final. Sama ada rasa sakit atau sebagainya, saya harap rakan sepasukan dapat bangun semula dan terus beraksi sehingga tamat perlawanan,” katanya.

Faizal menunjukka­n karakter matang selaku pemain senior apabila sering mempamerka­n aksi cemerlang dan sudah pun meledak dua gol dengan gol keduanya ketika menewaskan Wales 2-1 pada aksi play off kelmarin dilihat berkelas dunia.

Dia tenang

Kuala Lumpur: Perlawanan pusingan kedua Terbuka New Zealand semalam tidak perlu diperkatak­an kerana paling penting buat dua beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying adalah aksi hari ini.

Kedua-dua gandingan jaguh beregu negara itu akan berentap sesama sendiri di suku akhir.

Selepas memberikan persembaha­n cemerlang sejak kebelakang­an ini, akhirnya pertemuan buku dengan ruas, wakil Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan pasangan profesiona­l bakal menjawab soalan siapa lebih hebat.

Sejak di Terbuka Malaysia kedua-dua pasangan ini berjaya mempamerka­n aksi cemerlang dengan Kian Meng-Pei Jing berjaya mara ke separuh akhir di kejohanan itu dan mara ke pentas akhir Terbuka Singapura.

Peng Soon-Liu Ying pula berjaya mara ke suku akhir Terbuka Malaysia, Terbuka Singapura dan terkini Terbuka New Zealand.

“Esok (hari ini) baru kami akan bertemu tapi saya harapkan kedua-duanya mampu memberikan aksi terbaik. Saya tidak berdebar atau takut berdepan mereka, kerana persaingan antara kedua-dua pasangan adalah satu persaingan yang sihat,” kata Liu Ying ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Ujar pemain kelahiran Melaka itu, dia lebih fokus kepada permainan sendiri dan tidak akan melihat kepada keupayaan Kian Meng-Pei Jing.

“Kami sudah lama menjadi rakan sepelatih, sekarang pun kami mampu untuk duduk makan bersama-sama.

Tidak ada banyak perkara untuk dibandingk­an dan paling penting kedua-dua mahu membuatkan Malaysia bangga.

“Mungkin tidak ada orang nampak perkara ini dan mahu kami bertarung sesama sendiri saja,” kata Liu Ying selepas dia bersama Peng Soon menumpaska­n pasangan tuan rumah Edward Lau-Alyssa Tagle 21-17, 21-15 di pusingan kedua semalam.

Sementara itu, Pei Jing mengakui dia tidak banyak memikirkan mengenai aksi pertembung­an sesama sendiri hari ini.

“Kami hanya akan bersedia seperti biasa dan membuat perancanga­n rapi untuk perlawanan esok. Kami perlu berehat dan makan dengan

secukupnya.

“Saya berasa teruja untuk pertembung­an ini kerana sudah lama kedua-dua pasangan ini tidak bertemu sesama sendiri di peringkat antarabang­sa,” kata Pei Jing.

Kian Meng-Pei Jing mara ke perlawanan suku akhir selepas menumbangk­an pasangan Indonesia, Akbar Bintang Cahyono-Annisa Saufika 21-13, 21-10.

Kali terakhir kedua-dua pasangan bertemu ialah di separuh akhir Masters Malaysia yang menyaksika­n Kian Meng-Pei Jing menang 21-17, 21-16.

Turut mara ke suku akhir semalam ialah beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang mengalahka­n Manu Attri-B Sumeeth Reddy (India) 21-17, 21-19, manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula menumpaska­n Mahiro Kaneko-Kubota (Jepun) 21-18, 17-21, 21-11 dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula menundukka­n

Akbar Bintang Cahyono-Moh Reza Pahlevi Isfahani (Indonesia) 21-13, 21-15.

 ?? FOTO: ?? FAIZAL (kiri) cuba melepasi pemain Wales, Hywel Jones.
FOTO: FAIZAL (kiri) cuba melepasi pemain Wales, Hywel Jones.
 ??  ?? KIAN Meng (belakang) dan Pei Jing.
KIAN Meng (belakang) dan Pei Jing.
 ??  ?? PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying.
PENG Soon (kiri) bersama Liu Ying.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia