Harian Metro

‘Belum selesa lagi’

Irfan tuntut pemain lebih waspada baki 90 minit di Kuantan

- Malik Muhamad sukanteam@nstp.com.my

Masih ada 90 minit lagi. Itu mesej disampaika­n pengendali Terengganu FC (TFC), Irfan Bakti Abu Salim selepas skuadnya mencatat kemenangan 2-1 menundukka­n juara bertahan, Pahang pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam kelmarin.

Pakar taktikal itu menyatakan, beliau tidak akan sesekali mendabik dada dengan keputusan berkenaan, sebaliknya mengingatk­an anak buahnya laluan berliku bakal dilalui pada aksi kedua

10 Mei ini.

“Perlawanan masih berbaki 90 minit lagi untuk bertarung, apa-apapun boleh berlaku pada suku akhir kedua nanti dan yang penting pemain teruskan rentak cemerlang untuk mara ke separuh akhir,” katanya.

Pada perlawanan mendebarka­n itu, penyerang Malik Mat Ariff terlebih dahulu menceriaka­n kem skuad TFC apabila bijak memperdaya penjaga gol untuk meletak pasukannya di depan sebelum Kipre Tchetche menambah jaringan kedua skuadnya, manakala Ze Love berjaya merapatkan kedudukan menerusi tandukan pada babak kedua perlawanan.

Mengulas lanjut, Irfan mengakui disiplin tinggi yang dipamerkan anak buahnya serta beraksi sebagai satu pasukan menjadi ‘senjata’ utama skuadnya berjaya mengekang pihak lawan dan bukan kerana ketiadaan penyerang import lawan, Dickson Nwakaeme.

“Malam ini (malam tadi) saya puji semua pemain yang berjaya menyekat pemain lawan terutama di bahagian kiri menyebabka­n ‘senjata’ mereka Mohamadou Sumareh tidak dapat bergerak bebas.

“Gaya permainan sebegini yang kita mahukan selain menyerang, kita juga bijak bertahan biarpun jaringan lawan disebabkan pertahanan kita lambat menutup ruang,” kata Irfan.

Mengulas jaringan di tempat lawan yang dimiliki Pahang, Irfan tidak gusar kerana percaya anak buahnya mampu memperagak­an aksi terbaik biarpun bermain di tempat lawan.

“Faktor gol tempat lawan tidak merunsingk­an saya kerana falsafah saya adalah menyerang kerana berapa lama kita boleh bertahan dengan kelebihan satu gol, sama juga seperti separuh akhir Piala Malaysia musim lalu, kita tetap menyerang dan hasilnya kita berjaya.

“Tapi pada masa sama, jentera pertahanan harus peka selain dapat membaca dengan baik serangan daripada pihak lawan,” katanya yang tetap berpuas hati dengan corak permainan semua pemainnya terutama pada babak pertama perlawanan.

 ??  ?? PEMAIN Terengganu meraikan jaringan Kipre (tiga dari kiri).
PEMAIN Terengganu meraikan jaringan Kipre (tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia